Harian Metro

Sokongan dah dapat tapi...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih belum membuat keputusan sama ada bersedia untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meskipun dikatakan sudah mendapat sokongan kuat beberapa ahli gabungan badan induk.

Difahamkan kira-kira wakil dari lapan ahli gabungan FAM termasuk dua anggota Exco Datuk Yusof Mahadi dan Datuk S Sivasundra­m mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail kelmarin bagi membincang­kan mengenai perkara itu.

Bagaimanap­un Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianath­an yang turut bersama delegasi berkenaan mengesahka­n

Tunku

Ismail masih belum memberi

(gambar)

kata putus berhubung pencalonan pada Kongres Pemilihan FAM tahun depan.

“Memang kami ada bertemu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail semalam (kelmarin) untuk mendapatka­n pandangan beliau bukan saja mengenai soal pucuk pimpinan FAM malah mengenai soal pembanguna­n bola sepak.

“Banyak idea dan pandangan yang beliau kongsikan kepada kami dan ternyata pertemuan itu sesuatu yang positif. TMJ sekarang mendapat sokongan ramai ahli gabungan bagaimanap­un beliau belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding bagi kerusi Presiden FAM atau pun tidak.

“Johor DT pasukan yang paling berjaya ketika ini dari segi pengurusan pasukan dan pembanguna­n sejak diterajui oleh Tunku Ismail. Walaupun Tunku Ismail masih muda, beliau sudah membuktika­n kesungguha­nnya dengan beberapa kejayaan yang dilakar Johor DT jadi bagi saya beliau calon sesuai untuk menerajui FAM,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Sebelum ini Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyatakan sokongan kepada Tunku Ismail untuk bertanding merebut kerusi Presiden selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertaha­nkan jawatan kerana sudah menyuaraka­n

„ Tunku Ismail belum putuskan sama ada sedia rebut jawatan Presiden FAM atau tidak

hasrat untuk meletakkan jawatan sejak September tahun lalu.

Exco FAM sudah bersetuju untuk mempercepa­tkan pemilihan barisan Exco FAM pada Kongres ke-53 tahun depan yang sepatutnya berlangsun­g pada

2018.

Selain

Tunku Ismail,

 ??  ?? TONY
TONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia