Harian Metro

Kecederaan Khairul jejas Helang Merah

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Berita buruk buat Kedah untuk menghadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu ini apabila ketua pasukan, Khairul Helmi Johari

mengalami kecederaan.

Khairul yang kini bersama pasukan kebangsaan menghadapi dua perlawanan

bar)

(gam-

persahabat­an menentang Singapura Jumaat lalu dan Afghanista­n malam ini, disahkan mengalami kecederaan lutut serius dan hampir pasti terlepas perlawanan bertemu PDRM itu.

Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe menegaskan berita itu disampaika­n oleh pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus menambah senarai kecederaan pemain dalam skuad Kedah.

“Saya diberitahu oleh pegawai perubatan FAM, kecederaan Khairul agak serius dan memerlukan rehat sekurang-kurangnya enam minggu. Jika benar, bermakna saya tidak dapat menggunaka­n khidmatnya Sabtu ini.

“Ketiadaan Khairul sudah tentu sedikit sebanyak menjejaska­n bahagian pertahanan kami. Dalam perlawanan seperti ini, kami memerlukan barisan terbaik untuk menghadapi PDRM.

“Memang Kedah memiliki barisan pemain muda yang berkemampu­an tapi pengalaman Khairul sangat berguna. Apatah lagi seorang lagi pemain pertahanan tengah, Bang (Seung Hwan), juga baru pulih daripada kecederaan dan hanya turun berlatih semalam (Ahad).

“Kami juga terpaksa melupakan khidmat Ariff Farhan (Mohd Isa) hingga tamat musim ini kerana kecederaan lutut semasa perlawanan separuh akhir tempoh hari,” kata Cheng Hoe.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia