Harian Metro

Pentas terakhir pikat Kim Swee

-

Kuala Lumpur: Berdepan Afghanista­n yang menghuni ranking ke-149 dunia di Stadium Shah Alam malam ini akan dijadikan medan terakhir buat 30 pemain negara memikat hati pengendali pasukan Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi saingan Piala AFF bulan depan.

Jelas pengendali dari Melaka itu, pasukan negara yang kini berada ditangga ke-158 dunia hanya memiliki satu lagi aksi persahabat­an 14 November ini bertemu Papua New Guinea, yang mana aksi itu hanya dibarisi kelompok terakhir yang akan dinilai berdasarka­n pertemuan menentang Afghanista­n.

Katanya, selepas mengharung­i dua aksi persahabat­an berdepan Singapura (Jumaat lalu) dan Afghanista­n (malam ini), beliau akan memutuskan senarai akhir 25 pemain untuk kem latihan pusat awal bulan hadapan sebelum menggugurk­an dua lagi nama bagi dibawa ke Myanmar pada 19 November ini.

“Seperti yang saya katakan, saya perlu memberi peluang kepada semua pemain untuk menarik perhatian saya. Saya takkan panggil lagi 30 pemain untuk kem latihan pusat terakhir dengan hanya 25 pemain akan dipanggil sebelum 23 pemain didaftarka­n ke Piala AFF 2016.

“Jadi aksi esok (malam ini) adalah tempoh terakhir untuk pemain mempamerka­n kemampuan masing-masing.

“Tapi pada masa sama, saya tak boleh menukar keseluruha­n pasukan kerana saya perlu menurunkan barisan seimbang,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Penolong ketua pasukan kebangsaan, Baddrol Bakhtiar mengakui Afghanista­n yang akan ditentang di Stadium Shah Alam malam ini bukanlah calang-calang pasukan dengan dia mengingatk­an rakan sepasukann­ya supaya beraksi mengikut taktikal ‘gubahan’ pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee.

Katanya, jika rakan sepasukan mampu beraksi mengikut ‘formula’ yang akan diterapkan Kim Swee nanti, dia percaya kemenangan pastinya menjadi milik negara dalam aksi persahabat­an antarabang­sa itu.

“Kita sedar mereka sebuah pasukan yang kuat dari segi fizikal dan kelajuan. Apa yang pemain kita boleh

 ??  ?? PEMAIN Harimau Malaysia pada sesi latihan rasmi pasukan di Stadium Shah Alam menjelang aksi persahabat­an
antarabang­sa di Stadium Shah Alam, malam ini.
PEMAIN Harimau Malaysia pada sesi latihan rasmi pasukan di Stadium Shah Alam menjelang aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Shah Alam, malam ini.
 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia