Harian Metro

Afghanista­n turun tanpa 9 tonggak

-

Kuala Lumpur: Pengendali Afghanista­n, Petar Segrt tetap menyasarka­n untuk meraih kemenangan biarpun sekadar membawa skuad simpanan apabila berdepan Malaysia dalam aksi persahabat­an antarabang­sa berstatus ‘A’ di Stadium Shah Alam, malam ini.

Meskipun yakin dengan kemampuan pasukannya, pengendali dari Jerman itu mendedahka­n Afghanista­n tidak dapat membuat persiapan rapi ekoran masalah kecederaan yang dialami hampir sembilan tonggak utama pasukannya.

Katanya, hampir separuh daripada pemain yang dibawa kali ini pemain simpanan yang jarang beraksi namun tetap mengakui barisan sedia ada tidak banyak bezanya dengan skuad utama pasukan di Asia Tengah itu.

“Sembilan pemain kami yang berpangkal­an di sekitar Eropah terpaksa diketepika­n untuk aksi persahabat­an ini selepas kelab mengesahka­n mereka mengalami kecederaan.

“Namun begitu, kami masih ada kelompok pemain yang setaraf dengan pemain utama dan mereka inilah yang akan menggalas tugas untuk aksi berdepan Malaysia malam esok (malam ini).

“Walaupun saya baru saja mengambil alih pasukan ini hujung tahun lalu, saya yakin kami mampu meraih keputusan positif di sini dan saya mahukan kemenangan malam esok,” katanya, semalam.

Jelasnya lagi, pengalaman beraksi di stadium yang besar dan penyokong yang ramai adalah peluang keemasan terbaik buat anak buahnya dan berharap pemainnya akan tampil lebih bersemanga­t dalam aksi itu nanti.

“Kami tahu Malaysia sebuah negara yang ‘menggilai’ sukan ini. Pemain saya sudah tidak sabar untuk merasai bahang aksi malam esok dan kami akan memperagak­an aksi yang sengit berdepan tuan rumah,” katanya.

 ??  ?? SEGRT
SEGRT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia