Harian Metro

Tak terbawa-bawa ke luar lokasi

- DARI MUKA 1

“Drama ini adaptasi novel yang menggunaka­n judul sama. Jalan cerita novel ini memang banyak babak ‘sweet’ apabila jika kita membacanya pun berasa sangat romantik. Pendek kata 16 episod drama ini seperti tak cukup untuk melakonkan setiap adegan itu.

“Kalau ada beranggapa­n video atau gambar yang dimuat naik tampak romantik, itu hanya dalam lakonan. Perasaan itu tak terbawa-bawa ke luar lokasi. Cuma diakui perasaan romantik itu lebih sikit dalam drama ini berbanding kebanyakan drama lakonan saya sebelum ini.

“Saya berpendapa­t mungkin disebabkan mutu lakonan yang bertambah baik antara faktor penjiwaan watak saya dilihat berkesan. Apa-apa pun saya sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Menurut Fattah, dia juga sudah bersedia dengan segala kemungkina­n termasuk gosip mengaitkan dia dan Lofa bercinta.

Perkara itu berdasarka­n pengalaman daripada beberapa pelakon yang menjayakan watak sama dalam drama mereka.

“Tidak mustahil perkara itu boleh berlaku, malah sejak awal kami memuat naik gambar bersama lagi saya sudah mendengar perkara itu. Sekiranya perkara itu hangat diperkatak­an selepas ini ia bagus untuk drama itu.

“Ia menunjukka­n peminat memberikan perhatian kepada kami. Jadi saya sebagai pelakon mengambil ia sebagai positif. Perkara sebegini adalah satu cara mempromosi­kan lagi drama.

“Gambar atau video di sebalik tabir penggambar­an yang nampak mesra itu adalah untuk drama semata-mata dan tak lebih daripada itu,” katanya.

TAK CAMPUR HAL PERIBADI

Dalam pada Fattah sibuk menjalani penggambar­an filem KL Special Force, dia diuji dengan berita putus cinta dengan pelakon Sherry Ibrahim.

Namun, Fattah tidak cepat melatah sebaliknya mengetepik­an masalah yang datang dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap kerja.

“Perkara ini berjalan seiring. Mujur saya bukan jenis yang mudah terpengaru­h dengan masalah peribadi. Alhamdulil­lah saya berjaya menangani perkara itu dengan baik. Masalah antara kami saya tak bawa ke lokasi biarpun ketika itu saya mendengar banyak spekulasi.

 ??  ?? Fattah sudah bersedia dengan gosip dia dan Lofa bercinta
berikutan babak romantik dalam Suri Hati Mr Pilot
Fattah sudah bersedia dengan gosip dia dan Lofa bercinta berikutan babak romantik dalam Suri Hati Mr Pilot
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia