Harian Metro

TIZ ZAQYAH TAK ‘LARI’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Jadual seni padat menyebabka­n dia sukar beri kerjasama jayakan sesi fotografi

Sudah kerap isu pelakon cantik dan putih gebu,

Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 28, mengelak publisiti diperkatak­an.

Bahkan, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih ini dikatakan sukar bekerjasam­a dengan media.

Tiz yang ditemui di lokasi penggambar­an drama bersiri Lara Cinta Ameena arahan Suhaimi Lua Abdullah menafikan dakwaan itu.

Sebaliknya, jadual lakonan yang ketat dan tidak menentu membuatkan dia sukar memberikan kerjasama untuk menjayakan sesi fotografi bersama media.

“Selalunya saya terima panggilan untuk buat fotografi pada saat akhir sedangkan jadual dah terisi dengan komitmen lain seperti berlakon.

“Kadangkala saya tidak sampai hati menghampak­an harapan orang dan akhirnya bersetuju untuk bertemu di lokasi drama,” katanya.

Menguatkan hujahnya, Tiz berkata, sebelum ini dia terikat dengan penggambar­an drama Akadku Yang Terakhir selama empat bulan.

“Saya akui sudah lama sangat tiada publisiti di akhbar atau majalah, tetapi bukan saya sengaja mengelak media.

“Lagipun saya tiada cerita baru yang nak diceritaka­n. Takkan balik-balik hanya isu sama yang diperkatak­an,” katanya.

Mengakui publisiti penting dalam karier artis, Tiz berkata, dia lebih suka membicarak­an soal karier berbanding kisah peribadi.

“Saya bersetuju publisiti perlu seiring dengan lakonan. Namun saya tak boleh terlalu harapkan cerita kosong sedangkan hasil lakonan tak ke mana.

“Saya tak nak cerita peribadi lebih hangat diperkatak­an sedangkan hasil lakonan dipandang sepi.

“Cuba lihat segelintir pelakon seperti Bront Palarae, Remy Ishak serta Beto Kusyairy yang menyerlah dengan bakat dan bukan cerita murahan,” katanya.

AKTIF SELEPAS BEREHAT

Sesekali muncul menerusi drama seperti Cermin Kasih, Akadku Yang Terakhir dan Bomba Hero, Tiz menampilka­n lakonan yang berkesan dan diingati peminat.

Bagaimanap­un, dia mengakui agak lama berehat kerana menantikan naskhah yang bagus.

“Saya tak pernah sebut mahu bersara atau ada kerjaya lain.

“Lakonan masih kerjaya sepenuh masa saya cuma tak mahu lagi bawa watak klise bagi mengelakka­n penonton rasa bosan.

“Apabila dapat tawaran berlakon drama bersiri Bomba arahan Bade Hj Azmi, saya terus bersetuju kerana drama begini jarang dihasilkan,” katanya.

Tiz berkata, selama dua bulan dia perlu menjayakan babak lasak sebagai anggota bomba dan berjaya membuktika­n boleh menghidupk­an karakter itu dengan baik.

“Ini pengalaman baru buat saya. Begitu juga ketika menjayakan Cermin Kasih dan Akadku Yang Terakhir kerana wataknya memberikan kepuasan kepada lakonan.

“Kelainan beginilah yang perlu dicari pelakon malah ia boleh menjadi kayu pengukur kemampuan sebenar mereka,” katanya yang pernah muncul dalam siri Kusinero Cinta bersama Aaron Aziz dan Jericho Rosales serta Oh! My English.

Mengulas mengenai drama Lara Cinta Ameena, Tiz berkata, dia senang berganding­an dengan

Raja Afiq, Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin serta pelakon lain yang terbabit.

“Saya bersyukur kerana sering bekerjasam­a dengan mereka yang bagus.

“Semua pelakon meletakkan diri mereka sama taraf dan tiada pihak yang jadi ‘makanan’ lakonan orang lain.

“Saya akui orang yang belum kenal saya akan fikir bukan-bukan mengenai saya seperti seorang yang ‘demand’.

“Apabila masuk set penggambar­an dan kenal saya, baru mereka tahu keperibadi­an saya,” katanya.

 ??  ?? Selalunya saya terima panggilan untuk buat fotografi pada saat akhir sedangkan jadual dah terisi dengan komitmen lain seperti berlakon
Selalunya saya terima panggilan untuk buat fotografi pada saat akhir sedangkan jadual dah terisi dengan komitmen lain seperti berlakon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia