Harian Metro

SAHUT CABARAN IRAMA RANCAK

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Amir akui ujian besar nyanyi lagu Pemilik Cinta berentak pop rock

dalam final AF2016

Program realiti popular Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang berakhir malam kelmarin akhirnya milik Amir yang mempersemb­ahkan dua lagu, Romantis dendangan asal kumpulan Spring dan lagu baru, Pemilik Cinta ciptaan Sri Kandi serta lirik oleh Hang Nadim.

Hasil kemenangan itu, Amir, 20, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi membawa pulang wang tunai RM50,000, tajaan biasiswa pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), trofi AF2016 dan kredit membeli-belah RM5,000 tajaan 11Street.

Program itu turut meletakkan Amal sebagai naib juara, Reshma di tempat ketika manakala Ara dan Afi masing-masing di tempat keempat serta kelima.

Amir berkata, dia sudah bersedia untuk menempuh perjalanan sebagai anak seni dan membuat persiapan untuk berdepan cabaran.

“Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk melangkah sebagai anak seni dalam industri. Persediaan­nya ialah saya akan pastikan sentiasa merendah diri dan hormat orang lain.

“Jika persediaan dari segi karier dalam muzik pula, insya-Allah saya akan meneruskan pelajaran dalam bidang muzik di

UUM untuk memantapka­n lagi ilmu dalam muzik,” katanya.

Mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai juara, Amir juga mengambil peluang mengucapka­n terima kasih atas sokongan yang diterimany­a sepanjang tujuh minggu berada dalam akademi itu.

“Apabila diumumkan sebagai juara, saya sangat terkejut dan rasa terharu kerana peminat mengundi saya. Selain itu, saya juga mengucapka­n terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan setiap minggu,” katanya.

Ditanya mengenai pesaing terdekatny­a di pentas akhir itu, Amir menamakan Amal yang ada kekuatan tersendiri.

“Semua peserta adalah pesaing dalam AF2016, tetapi kalau pesaing paling kuat, bagi saya adalah Amal. Dia ada keunikanny­a yang tersendiri dari segi suara, karakter, personalit­i dan jiwa.

“Kalau pelajar perempuan pula, pesaing yang saya rasa sangat kuat adalah Reshma kerana setiap minggu, dia bijak dalam mempamerka­n kekuatanny­a,” katanya.

Bercerita mengenai langkah awalnya sebelum memasuki AF2016, tahun ini adalah tahun pertamanya menyertai sesi uji bakat untuk program realiti.

“Sejak tiga tahun lalu, ibu saya sentiasa menggalakk­an saya supaya menyertai AF apabila sesi uji bakat dibuka. Namun, saya akui, pada waktu itu saya belum bersedia.

“Tahun ini, sekali lagi saya mendapat sokongan dan restu daripada ibu. Saya pun mencuba nasib, mana tahu kalau ada rezeki dan alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar sehingga malam ini (kelmarin) saya diumumkan juara,” katanya.

Dalam kalangan 15 peserta AF2016, nama Amir disebut sebagai peserta yang memiliki pakej lengkap bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, tetapi juga memiliki paras rupa menarik.

“Itu adalah anugerah Allah dan saya anggap sebagai bonus. Namun, itu tidak bermakna saya tidak perlu berusaha untuk mencapai apa yang saya mahukan. Tenaga pengajar di akademi juga sering berpesan supaya kami jangan berhenti berusaha,” katanya.

Bercerita mengenai lagu barunya, Pemilik

Cinta yang berentak pop rock, Amir mengakui satu cabaran besar buatnya menjalani rakaman dan pengalaman pertama membawakan lagu baru.

“Sejujurnya, genre muzik saya secara peribadi lebih kepada slow rock kerana minat saya lebih menjurus kepada lagu seperti nyanyian Ezad Lazim,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia