Harian Metro

Ajay tak ‘ngam’ dengan Karan

-

Sebelum ini Kajol rapat dengan Karan Johar, tetapi disebabkan beberapa isu peribadi, hubungan mereka tidak mesra lagi.

Perkara itu disahkan sendiri suami Kajol iaitu pelakon Ajay Devgan.

Keakraban Karan dengan aktres itu sehingga penerbit filem dan pengacara bertaraf selebriti itu pernah membuat kenyataan Kajol adalah maskotnya yang paling bertuah.

Bagaimanap­un, di sebalik semua itu, Karan sendiri tidak pernah berkawan dengan Ajay sehingga sekarang.

Hubungan mereka semakin dingin apabila filem terbitan mereka berdua, Shivaay dan Ae Dil Hai Mushkil dilancarka­n serentak pada 28 Oktober ini sempena Deepavali.

“Saya tidak berkawan dengan Karan dan hubungan Kajol dengannya juga tidak lagi semesra dulu. Ia berkaitan peribadi yang membuatkan Kajol terluka, tetapi saya tidak terbabit dalam hal mereka berdua,” kata Ajay.

Kajol pernah berlakon dalam filem terbitan Karan seperti Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhi Gham, My Name is Khan dan penampilan istimewa dalam Kabhi Alvida Na Kehna serta Student of the Year.

Menurut Ajay, Kajol kini sibuk membantuny­a mempromosi­kan filem Shivaay.

Walaupun Ajay mengaku tidak pernah rapat dengan Karan, dia tetap profesiona­l apabila bekerja.

Ajay yang juga penerbit filem memahami kesukaran dan cabaran yang dilalui Karan apabila ada pihak cuba menghalang tayangan filem terbitanny­a, Ae Dil

Hai Mushkil berikutaan serangan di Uri di sempadan Jammu dan Kashmir pada 18 September lalu.

Berikutan tragedi itu, India menyalahka­n Pakistan sehingga ada pihak mahu pelakon Pakistan diboikot atau dihantar balik ke negara mereka.

Dalam filem Ae Dil Hai Mushkil, pelakon Pakistan, Fawad Khan turut berlakon menyebabka­n timbul spekulasi sama ada filem itu boleh ditayangka­n atau tidak.

Memahami kemelut yang sedang dihadapi

Karan, Ajay tampil dengan kenyataann­ya membela Karan.

“Adalah susah untuk mengeluark­an pelakon dalam filem yang sudah siap. Lagipun penggambar­an filem itu siap sebelum tragedi serangan di Uri lagi jadi biarkan saja filem itu ditayangka­n,” katanya.

Filem lakonan terbaru Shah Rukh Khan iaitu Raees turut menampilka­n pelakon Pakistan, Mahira Khan.

Ajay berkata, apabila pertelingk­ahan dua negara itu selesai, dia tidak keberatan untuk bekerja dengan pelakon Pakistan.

“Kita perlu bekerjasam­a agar dapat memahami dua budaya. Bagaimanap­un, perkara itu tidak akan terjadi jika kita asyik bertelagah. Pun begitu kita perlu menghormat­i pendirian masing-masing. Sebagai rakyat India saya sokong negara saya begitu juga dengan rakyat Pakistan yang tentunya menyokong negara mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pakar astrologi meramalkan Ae Dil Hai Mushkil akan berdepan cabaran kerana ‘Mushkhil’ itu sendiri bermaksud ‘banyak halangan’.

 ??  ?? ADEGAN dalam Ae Dil Hai Mushkil.
ADEGAN dalam Ae Dil Hai Mushkil.
 ??  ?? AJAY
KARAN
AJAY KARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia