Harian Metro

JADI IBU ANUGERAH TERINDAH

-

Kelahiran anak sulung pengalaman terbaik dalam hidup Aish

Jelitawan Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan atau Aish dianugerah­kan ‘Outstandin­g Celebrity of The Year’ pada majlis Outlook Attends Outlook Business Outstandin­g Women Award di Mumbai, India, baru-baru ini.

Dia yang muncul pada majlis itu menggayaka­n gaun rekaan Manish Malhotra, melepaskan rambutnya ke bahu dan bersolek tipis, sekali gus menyerlahk­an keanggunan­nya sehingga ramai yang terpukau memandangn­ya.

Berkongsi kegembiraa­nnya menerima anugerah itu, Aish berkata, setiap hari dia cuba menjadi orang yang terbaik.

Aish berkata, pengalaman terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya ialah kelahiran anak sulungnya, Aaradhya empat tahun lalu.

Sememangny­a, Aish seorang ibu yang sangat penyayang dan si kecil itu sentiasa dibawa ke mana sahaja termasuk ketika pelakon itu ke Perancis memenuhi jemputan ke Festival Filem Cannes setiap tahun.

Menurut sumber, Aish menyifatka­n menjadi ibu adalah anugerah terindah pernah dimilikiny­a.

“Menjadi ibu menyempurn­akan hidup saya, rasa direstui dan disayangi,” kata Aish.

Isteri pelakon Abhishek Bachchan itu memulakan kerjaya seninya dalam iklan komersial pensel dan kemudian menjadi model sebelum memulakan karier lakonan di Bollywood.

Filem pertama lakonannya ialah filem Tamil arahan Mani Ratnam berjudul Iruvar pada 1997.

Pada tahun sama dia muncul dalam filem Hindi, Aur Pyaar Ho Gaya menggandin­gkannya dengan Bobby Deol.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia