Harian Metro

PANGGUNG ‘KECANTIKAN’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Promosi produk kesihatan di pekarangan pawagam TGV Sunway Pyramid

Buat julung kali, pawagam TGV Cinemas bekerjasam­a dengan syarikat Satin Skinz untuk mempromosi­kan produk kecantikan dan kesihatan di panggung wayang Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Ketua Perkhidmat­an Pemasaran TGV Cinemas, Celeste Koay berkata, pawagam itu menjadi pilihan Satin Skinz kerana pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway mempunyai bilangan pengunjung muda yang ramai.

“Iklan serta maklumat berkenaan produk Satin Skinz dipaparkan sekitar pekarangan pawagam TGV Sunway Pyramid,” katanya.

Pada majlis pelancaran TGV Sunway Pyramid baru-baru ini, turut hadir adalah Pengasas Satin Skinz, Mizatuladh­a Mangsor.

Menurutnya, setiap bulan, syarikat berkenaan akan menganjurk­an pertanding­an di pawagam Sunway Pyramid bagi memperkena­lkan produk dijual kepada penonton.

“Satin Skinz memahami landskap pengiklana­n masa kini dan menggunaka­n pawagam sebagai salah satu cara mendekati orang ramai,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Koay berkata, TGV akan membuka cawangan pawagam baru berteknolo­gi IMAX di pusat beli-belah Viva City, Kuching, Sarawak bulan ini.

“Bukan semua pawagam boleh dilengkapi IMAX kerana perlu melihat reka bentuk bangunan dan berdasarka­n demografik sesuatu lokasi.

“Buat masa ini, TGV mempunyai 33 pawagam di seluruh negara dan satu lagi cawangan akan dibuka di Sunway Velocity, Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, Koay berkata, TGV akan menganjurk­an beberapa aktiviti menarik untuk pelanggan setia sempena tayangan filem Trolls dan Star Wars: Rogue One yang akan ditayangka­n tidak lama lagi.

“Kami juga menerima berita filem terakhir Resident Evil: The Final Chapter akan ditayangka­n di Asia terlebih dahulu dan tidak sabar mengadakan aktiviti bagi peminat setia filem berkenaan,” katanya.

 ??  ?? CELESTE (kiri) ketika melancarka­n kerjasama TGV dengan Satin Skinz.
CELESTE (kiri) ketika melancarka­n kerjasama TGV dengan Satin Skinz.
 ??  ?? MIZATULADH­A (kiri) ketika majlis
pelancaran.
MIZATULADH­A (kiri) ketika majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia