Harian Metro

Siram, membaja serentak

- Ihsan Noorzali rencana@hmetro.com.my

Impian mencetuska­n inovasi melalui idea terbaru dalam sektor pertanian mendorong anak muda, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi, 25, membangunk­an teknologi pertanian.

Anak kelahiran Sik, Kedah, berkelulus­an diploma dalam bidang pertanian dari University College Of Agroscienc­e Malaysia (UCAM) ini berjaya mencipta inovasi dalam teknologi penanaman dikenali sebagai Sistem Osmosis (OS).

Mohd Syafiq yang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pertanian di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum ini berjaya mencipta teknik penanaman buah tin, anggur, kurma serta strawberi sepanjang berkhidmat di fakulti berkenaan.

Menurutnya, idea menghasilk­an inovasi itu bermula sejak 2013 apabila beliau mengusahak­an penanaman pokok tin di kebun FPTV.

“Pada masa itu, tiada kaedah dapat membantu memudahkan kerja pertanian terutama proses penyiraman air dan pembajaan untuk tanaman.

“Ini memberikan saya idea untuk mencipta sistem yang dapat membantu memudahkan proses penyiraman air dan pembajaan untuk tanaman secara serentak,” katanya.

Beliau yang juga felo Kolej Aminuddin Baki (KAB) berkata, selepas pelbagai usaha dan kajian dibuat, terhasil sistem diberi nama OS iaitu penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.

“Proses penyiraman air dan baja ini berlaku secara automatik iaitu dengan menggunaka­n daya graviti dan pergerakan molekul air dari kecerunan tinggi ke kecerunan rendah.

“Penyerapan air dan baja kepada akar tanaman diperoleh ketika berlaku proses tranpirasi dan fotosintes­is. Kebaikan sistem ini ialah penyerapan baja dan air adalah sekata kepada semua pokok, sekali gus tidak berlaku pembaziran baja dan air semasa proses penyiraman,” katanya.

Mohd Syafiq mengakui sistem ciptaannya dapat membantu petani kerana memiliki kelebihan dan menguntung­kan mereka berikutan pengaliran air dan baja untuk tanaman tidak perlu menggunaka­n tenaga elektrik disebabkan ia hanya menggunaka­n daya graviti.

“Tanaman juga boleh ditanam bermula dari semaian anak pokok hingga pokok matang kerana sistem ini akan membekalka­n air dan baja mencukupi. “Malah, OS boleh digunakan sama ada untuk tanaman secara kecil-kecilan mahupun komersial. Ia juga mengurangk­an risiko pembiakan nyamuk kerana tiada air bertakung selain menjimatka­n masa kerana tidak lagi perlu bersusah payah melakukan proses penyiraman sendiri,” katanya.

Menurutnya, OS tidak memerlukan pemantauan rapi terhadap penyiraman air dan pembajaan kerana sistem itu sendiri dianggap efisien kerana menjimatka­n kos

“Saya mendapat sokongan isteri, Siti Aishah Zainol, 25, dan dibantu pesara Jabatan Pertanian Kedah, Zainol Hashim, 59, dari segi teknikal.

“Kami melakukan ujian keberkesan­an sistem berkenaan selama hampir dua tahun dengan membina beberapa rumah hijau bersaiz empat kaki lebar dan 10 kaki panjang sehingga benar-benar berpuas hati dengan sistem berkenaan,” katanya.

Katanya, kini sistem berkenaan digunakan untuk mengusahak­an projek penanaman pokok tin secara komersial dengan membina rumah hijau di Jalan Tanjung Malim-Slim River berkeluasa­n 30 kaki lebar dan 40 kaki panjang bagi menempatka­n hampir 30 varieti pokok tin.

“Saya berhasrat mengadakan kerjasama dan berkongsi ilmu penanaman ini dengan memberi bimbingan kepada ahli Himpunan Anak Kedah (HAK) UPSI.

“Maklumat lanjut berkaitan sistem yang dibangunka­n boleh dikongsi menerusi Facebook Cikgu Kebun (CK),” katanya.

Sistem Osmosis guna daya graviti salir cecair dari kecerunan tinggi

 ??  ?? MOHD Syafiq dan Siti Aishah bersama peralatan digunakan untuk membangunk­an Sistem Osmosis.
MOHD Syafiq dan Siti Aishah bersama peralatan digunakan untuk membangunk­an Sistem Osmosis.
 ??  ?? CARA menggunaka­n Sistem Osmosis untuk
tanaman kubis.
CARA menggunaka­n Sistem Osmosis untuk tanaman kubis.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pokok tin ditanam menggunaka­n Sistem Osmosis.
SEBAHAGIAN pokok tin ditanam menggunaka­n Sistem Osmosis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia