Harian Metro

Asalnya cuma suka-suka

- DARI MUKA 1

Selain bela kambing, Shahrom turut pasarkan susu segar secara komersial

Bermula dengan hanya 20 ekor kambing tujuh tahun lalu, kini Shahrom menternak kira-kira 200 ekor kambing tenusu bagi menghasilk­an produk jenama Lalah River Susu Kambing Segar yang diusahakan bersama anaknya Adil Shahrom melalui syarikat Lalah River Goat Farm.

Shahrom pernah mengarah filem Bintang Pujaan yang diterbitka­n pada 1981 dan Langit Petang pada 1982.

Katanya, selepas puluhan tahun mengabdika­n diri dalam bidang akademik dan seni, dia mendapati bidang pertanian terutama ternakan kambing sesuatu yang ‘menghiburk­an’.

“Kebetulan tanah saya tidak terurus walaupun ditanam pokok buahbuahan.Sesekalisa­ya balik menjenguk, rumput sudah meninggi.

“Jadi, saya fikir ada baiknya saya manfaatkan kawasan ini dengan perkara berfaedah selain menanam pokok buahbuahan. Melihat rumput yang panjang dan segar di kawasan itu, timbul idea untuk menternak kambing, sekurangku­rangnya saya tidak perlu lagi mengupah orang memotong rumput.

“Saya mulakan dengan 20 ekor kambing Boer dan mengupah seorang pekerja mengendali­kannya. Disebabkan menetap di Kuala Lumpur ketika itu, saya hanya menjenguk pada hujung minggu.

Tapi, disebabkan tiada pengetahua­n serta pengalaman dalam bidang ternakan, kebanyakan kambing saya mati terkena penyakit,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, dia tidak putus asa malah mula seronok menternak kambing lalu membeli 20 ekor lagi. Pada masasama,diabelajar daripada mereka yang berpengala­man dalam bidang itu.

“Alhamdulil­lah, percubaan kedua saya berjaya. Dari semasa ke semasa, kambing saya makin membiak. Pada peringkat awal, saya menternak kambing daging tapi sejak tiga tahun lalu bertukar kepada kambing tenusu kerana lebih cepat hasilnya.

“Kambing daging memerlukan masa dua tahun untuk matang sebelum boleh dijual sementara tenusu hanya setahun, malah hasilnya berulang kali iaitu setiap kaliselepa­siaberanak,” katanya.

Shahrom membelanja­kan lebih RM20,000 untuk membeli kambing baka Syami untuk dikacukkan dengan

Boer yang ternyata dapat menghasilk­an susu berkualiti.

Kini, beliau ‘mengahwink­an’ pula kacukan Syami dan Boer itu dengan kambing Saanen yang mampu menghasilk­an lebih banyak susu.

Selain dedak, pada waktu petang kambing itu dibiarkan bebas meragut rumput dan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia