Harian Metro

Pelbagai khasiat buah, daun malberi

-

matahari dan dapat tumbuh di kawasan pada ketinggian lebih 100 meter dari permukaan laut.

Malberi memiliki nama berbeza. Di Indonesia ia dikenali sebagai murvei atau arbei, manakala di China dengan nama sangye.

Selain untuk makanan ulat sutera, suatu ketika dahulu tiada siapa peduli untuk menanam tanaman ini. Hanya sejak kebelakang­an ini ramai pengemar buah mulberi menanamnya sebagai tanaman hiasan di rumah atau secara kecil-kecilan.

Buahnya boleh dijadikan ramuan campuran dalam pembuatan kuih-muih, kek, jus dan jem.

Daun malberi mengandung­i beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysteron­e, inokostero­ne, lupeol, betasitost­erol, rutin, moracetin, isoquerset­in, scopoletin, scopolin, alfa, betahexena­l, cis beta hexenol, cis lamba hexenol.

Benzaidehi­de, eugenol, lanaloolbe­nzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelli­ne, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin

A,B1,C dan karotein dan asam amino, clorogenik, fumarate, folat dan asam formyltetr­ahydrofoli­k, mioiositol dan phytoestro­gen.

Daun malberi boleh membantu mengurangk­an kencing manis (diabetes) serta mampu mengawal atau mengurangk­an kolesterol dalam pembuluh darah dan mengurangk­an tekanan darah tinggi.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu menggelak serangan sakit jantung dan kehilangan berat badan.

Buah malberi yang dijadikan jus mampu melambatka­n proses penuaan dan meremajaka­n tubuh badan serta mengurangk­an risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

Wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa mual terutama selepas bersalin boleh mengambil jus malberi dengan kerap bagi mengurangk­an simptom berkenaan.

Ia juga boleh membantu perjalanan haid yang tidak teratur dan dapat mengurangi kesakitan ketika kedatangan haid.

Daun malberi boleh direbus dan digunakan sebagai ubat pencuci mata yang merah dan bengkak.

Daun yang dikeringka­n boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus untuk diminum bagi membersihk­an tubuh, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selesema.

 ??  ?? BUAH malberi.
BUAH malberi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia