Harian Metro

‘Tuan Padi, Tuan Beras’

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Pesawah saksi sendiri padi mereka ditimbang, ditetapkan harga di PBP

Lembaga Kemajuan Pertanian MUDA (MADA) menubuhkan Pusat

Belian Padi (PBP) bagi memudahkan pesawah di kawasan itu melakukan urusan jual beli hasil padi.

Menerusi penubuhan ini, satu model operasi perniagaan diperkenal­kan dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan mendapatka­n bekalan padi daripada petani lalu dikumpul, ditimbang dan pemutusan harga dilakukan di PBP.

Ia akan disaksikan pesawah sendiri sebelum padi itu dihantar ke kilang BERNAS dan swasta untuk diproses menjadi beras.

Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata, PBP PPK MADA dapat menerima kapasiti padi dengan anggaran 4,000 metrik tan untuk semusim.

Beliau berkata, waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan dibuka setiap hari termasuk pada Jumaat dan Sabtu.

“Dengan pembinaan PBP, MADA berharap ia dapat memberi pulangan hasil seperti memberi peluang kepada PPK mempelbaga­ikan perniagaan bagi menjana keuntungan maksimum kepada ahli.

“Langkah ini juga membantu memberi bekalan padi mentah kepada kilang Bumiputera dan pengilang kecil serta memberi pulangan lebih baik kepada pesawah dalam urusan penjualan padi melalui penguranga­n kos pengangkut­an, peratus potongan serta harga dan timbangan yang telus,” katanya pada majlis perasmian PBP Kampung Selarong di Kota Rentang bagi PPK H-II Kepala Batas, Kedah, baru-baru ini.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 meminta pesawah menghantar hasil padi mereka ke PBP MADA berdekatan kerana banyak kelebihan ditawarkan.

“Antaranya penyediaan khidmat mekanisasi (bajak, jentanam, jentuai dan lori), pembekal input pertanian (benih, baja, dan racun), mewujudkan dana kebajikan dan pinjaman mudah kepada petani serta urus niaga padi secara telus (timbang, pemutuan dan harga).

“Prestasi PBP PPK MADA bagi Musim 2/2015 sebanyak 16,440.019 metrik tan memberi manfaat kepada 3,885 peladang di kawasan MUDA.

“MADA menetapkan sasaran hasil belian padi bagi keseluruha­n PBP PPK MADA sebanyak 25,000 metrik tan bagi Musim 1/2016,” katanya.

Menurutnya, sehingga 31 Ogos lalu, hasil PBP PPK MADA bagi Musim 1/2016 memberi manfaat kepada 1.679 pesawah di kawasan MUDA dengan memperoleh hasil belian padi mencapai berat bersih 8,545.653 metrik tan.

“Penubuhan PBP akan membuka peluang kepada PPK terbabit dalam industri padi dan beras. Keuntungan perniagaan ini akan memberi pulangan kepada 50,314 anggota PPK yang juga penanam padi di kawasan MUDA.

“Ia selaras dengan projek utama MADA iaitu Projek Estet Padi antara projek di bawah Program Transforma­si Ekonomi (ETP) iaitu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian melalui Program Projek Permulaan (EPP) EPP 10.

“Penubuhan pusat padi mampu menjadi pemangkin bagi memperkema­skan sistem pengurusan estet padi supaya pengeluara­n dan pemasaran dapat berfungsi lebih efisien,” katanya.

Othman berkata, pembinaan pusat pembelian itu dapat membantu meningkatk­an pendapatan pesawah dan penguranga­n kos kerana pusat belian akan menjamin mereka mendapat harga padi yang telus.

“Semua pesawah di MADA perlu menyokong pelaksanaa­n program NKEA EPP 10 untuk memperkasa pembabitan mereka dalam keseluruha­n rantaian nilai industri padi serta memastikan peladang di Kawasan Muda menjadi ‘Tuan Padi Tuan Beras’,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada
petani yang hadir. Sebanyak 13 Pusat Belian Padi beroperasi dan diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
1. A-I Arau - Kampung Banat
2. B-I Kayang Kampung Longboh
3. D-I Tambun Tulang 4. A-II Kodiang
5. C-II Kerpan
6. F-II...
SEBAHAGIAN daripada petani yang hadir. Sebanyak 13 Pusat Belian Padi beroperasi dan diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). 1. A-I Arau - Kampung Banat 2. B-I Kayang Kampung Longboh 3. D-I Tambun Tulang 4. A-II Kodiang 5. C-II Kerpan 6. F-II...
 ??  ?? MADA menetapkan sasaran hasil belian padi bagi keseluruha­n
PBP PPK MADA sebanyak
25,000 metrik tan bagi Musim 1/2016
MADA menetapkan sasaran hasil belian padi bagi keseluruha­n PBP PPK MADA sebanyak 25,000 metrik tan bagi Musim 1/2016
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia