Harian Metro

Sanggup tak makan

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Prinsip tegas mahu bayar hutang kriteria dipilih terima Anugerah Pelanggan Setia Agrobank

“Saya sanggup tak makan asalkan dapat bayar hutang,” kata Yaacob Busu, 57, yang menerima Anugerah Pelanggan Setia (Individu) sempena Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berpegang pada prinsip itu, Yaacob berkata, setiap kali pembayaran balik pinjaman, dia akan membayar lebih awal daripada tempohnya.

Beliau yang berasal dari Langkawi berkata, pembayaran balik segera amat penting bagi membolehka­n orang lain juga membuat pembiayaan.

“Saya sudah membuat pinjaman sebanyak tujuh kali membabitka­n RM1 juta dengan Agrobank untuk menjalanka­n perniagaan penangkapa­n, pemprosesa­n, penyimpana­n dan pemasaran ikan bilis sejak tahun 1986,” katanya yang juga Nelayan Jaya Peringkat Kebangsaan 1992.

Penyampaia­n anugerah disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Hadir sama, Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.

Tujuh usahawan tani diangkat sebagai penerima Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2016 yang julung kali diadakan untuk mengiktira­f kejayaan pelanggan bank itu dalam pelbagai kategori.

Mereka ialah PRM

Foods & Marketing Sdn Bhd (Anugerah Agropreneu­r Cemerlang), Woon Chin & Sons Sdn Bhd (Anugerah Agropreneu­r Inovasi) dan Azizi Agro Farm (Anugerah Agropreneu­r Muda).

Selain itu, Jamirah

Food Industries (M) Sdn

Bhd menerima Anugerah Agropreneu­r Wanita, Md Nor Abd Rahman (M) Sdn Bhd (Anugerah Agropreneu­r Setia - syarikat), Yaacob Busu (Anugerah Agropreneu­r

Setia - Individu) serta Doana Frozen Food (Anugerah Agropreneu­r Mikro). Mereka membawa pulang trofi, sijil dan hadiah tunai berjumlah RM130,000.

Sementara itu, Mohamad Zabidi berkata, anugerah itu bertujuan mengiktira­f pelanggan cemerlang Agrobank daripada pelbagai kategori.

Katanya, antara anugerah mengiktira­f agropreneu­r berjaya yang mampu menjadi ikon bagi usahawan lain dalam industri ini.

“Terdapat tujuh elemen utama dalam penilaian iaitu kepimpinan, perancanga­n, maklumat, proses, modal insan, pelanggan dan hasil perniagaan.

“Elemen penilaian ini ditanda aras berdasarka­n amalan terbaik pengendali anugerah di peringkat global. Anugerah Agropreneu­r Agrobank telah menyesuaik­an instrumen ini supaya dapat digunakan khusus untuk menilai syarikat dan individu di sektor pertanian dan industri asas tani di Malaysia.

“Ia juga dapat menggalakk­an lebih ramai usahawan membina perniagaan berasaskan pertanian. Agrobank berbangga dengan pencapaian agropreneu­r yang bekerja keras demi meningkatk­an perniagaan dan projek mereka daripada tahap sara hidup ke tahap komersial dan eksport,” katanya.

Beliau berkata, pertanian penyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi terpenting di Malaysia.

Sejak penubuhann­ya pada tahun 1969, Agrobank menyokong impian agropreneu­r bagi membina empayar perniagaan sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Ramai agropreneu­r memperoleh manfaat daripada pembiayaan, produk dan perkhidmat­an daripada Agrobank. Sebagai bank yang memahami sektor pertanian, kami menyediaka­n pembiayaan menyeluruh serta merangkumi rantaian penuh dari aktiviti pembekalan input pengeluara­n pertanian hingga ke aktiviti hiliran,” katanya.

Menurutnya, ia temasuk pemprosesa­n dan penjualan produk pertanian kepada pengguna serta pembiayaan untuk tanah pertanian, pembelian mesin dan jentera, perdaganga­n yang berasaskan pertanian dan modal pusingan.

“Perkhidmat­an yang ditawarkan Agrobank pula tidak terhad kepada pembiayaan kewangan malah turut membabitka­n Program Pembanguna­n Usahawan Agro (ADP).

“Sehingga kini, Agrobank telah berjaya menganjurk­an 338 program dan telah melatih seramai 12,954 usahawan tani di seluruh Malaysia dalam sektor pertanian, penternaka­n, perikanan dan industri asas tani.

“Sebahagian daripada usahawan berjaya dijemput memberi motivasi dan berkongsi amalan terbaik perniagaan dengan peserta kursus,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata, program ADP yang diperkenal­kan sejak awal tahun 2013 antara Agrobank bagi membantu usahawan dengan memfokuska­n aspek pengurusan perniagaan, kewangan dan teknikal.

“Kolaborasi bersama agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Indusrti Asas Tani (MOA) sangat penting untuk program sebegini.

“Dengan wujudnya kursus dan khidmat nasihat yang ditawarkan Agrobank, hal berkaitan isu perniagaan dapat diselesaik­an dengan berkesan dan sebagai manfaat tambahan, usahawan juga dapat menyertai program disediakan MOA,” katanya.

 ??  ?? PENERIMA Anugerah
Agropreneu­r Cemerlang, Ramly Muda (tiga dari kiri) dan Che Minah Ali bersama Ahmad Shabery serta Mohamad Zabidi
(kanan).
PENERIMA Anugerah Agropreneu­r Cemerlang, Ramly Muda (tiga dari kiri) dan Che Minah Ali bersama Ahmad Shabery serta Mohamad Zabidi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia