Harian Metro

MSSM UMPAMA KELUARGA BESAR

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Berada di perantauan sememangny­a menguji kekuatan fizikal dan mental seseorang apabila tanpa keluarga tercinta di sisi namun bantuan serta sokongan rakan terutama dari Malaysia sedikit sebanyak mengurangk­an rasa rindu pada kampung halaman.

Bagi mendalami fungsi dan menyingkap landskap sosial remaja Malaysia di luar negara, penulis berhubung dengan Persatuan PelajarPel­ajar Malaysia di Manchester atau lebih dikenali Malaysian Student‘s Society of Manchester (MSSM), baru-baru ini.

Presidenny­a, Faizul Zuraimi berkata, kekuatan MSSM yang sentiasa dipegang adalah keharmonia­n dan semangat bersatu padu tanpa mengira bangsa.

“Bilangan rakyat Malaysia di sini kecil jadi setiap daripada kami sudah dianggap seperti keluarga sendiri dan MSSM umpama keluarga besar.

“Bukan dulu dan kini saja tapi kesepaduan yang sudah lama wujud dalam setiap pelajar Malaysia di sini bakal berterusan kerana kami sentiasa mendokong dan membantu antara satu sama lain,” katanya.

Lebih 1,000 ahli persatuan yang berdaftar di bawah MSSM rata-rata terdiri daripada remaja yang menuntut di universiti sekitar Manchester seperti University of Manchester, Manchester Metropolit­an University dan University of Salford.

Menurut Faizul, bagi mempromosi­kan keharmonia­n dan perpaduan sebagai rakyat Malaysia, setiap aktiviti, perjumpaan dan acara anjuran MSSM disertai hampir semua pelajar Malaysia tanpa mengira bangsa.

“Sebagai contoh untuk sambutan Deepavali, penganjura­n dan sasaran peserta tidak terhad kepada pelajar India saja tapi semua boleh sertai.

“Di sini, kita juga dapat lihat pelajar berbangsa Cina mempersemb­ahkan tarian Melayu manakala pelajar India mencuba dikir barat yang jarang sekali dapat kita lihat dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Kata Faizul, MSSM pernah menganjurk­an sambutan diberi nama ‘Deeparaya’ iaitu gabungan sambutan Deepavali dan Aidiladha bagi menyemarak­kan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar Malaysia.

“Bagi sambutan Deepavali yang bakal berlangsun­g hujung bulan ini, kami bakal mengadakan perhimpuna­n pada 26 Oktober dengan menjemput Persatuan Tarian India dan Persatuan Pelajar India di Manchester untuk sambut perayaan itu bersama-sama pelajar Malaysia,” katanya.

Selain itu, MSSM turut menganjurk­an acara sukan antaranya futsal, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan badminton bagi mengeratka­n hubungan dan menambahka­n aktiviti pelajar.

Faizul turut berkongsi kemeriahan musim bola di Manchester kerana pelajar Malaysia gemar dan kerap berkunjung ke stadium bagi menyaksika­n perlawanan tambahan pula harga tiketnya murah.

“Musim bola memang meriah kerana kami berpeluang menyaksika­n perlawanan depan mata dan ini pengalaman sukar diperoleh sekiranya tidak belajar di sini jadi kami manfaatkan peluang yang ada.

“Dari segi penyokong pula, tidak semua pelajar Malaysia menyokong kelab bola dari Manchester namun tidak kira kelab mana jadi pilihan, yang penting sokongan diberikan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pelajar yang hadir untuk 'Malaysian Night' anjuran MSSM.
ANTARA pelajar yang hadir untuk 'Malaysian Night' anjuran MSSM.
 ??  ?? PELBAGAI acara sukan sering dijalankan bertujuan mengeratka­n hubungan.
PELBAGAI acara sukan sering dijalankan bertujuan mengeratka­n hubungan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia