Harian Metro

Sesi manjakan diri ibu tunggal

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Bantu perkasa wanita, ingatkan mengenai kecantikan

dan martabat diri masing-masing

Sebanyak RM30,000 diperoleh melalui jualan gincu Beauty That Counts melalui inisiatif jenama perunding kecantikan bebas, Mary Kay.

Hasil jualan gincu berkenaan akan disalurkan kepada organisasi Hope Worldwide Malaysia untuk membantu memperkasa­kan wanita dan kanak-kanak yang memerlukan sedikit sinar kecantikan dalam kehidupan mereka.

Pengurus Besar Mary Kay Malaysia dan Singapura Khor Lee Fan berkata, lebih 50 tahun jenama berkenaan komited di dalam menjaga kesejahter­aan wanita dan kanak-kanak.

“Setiap ibu adalah satu rahmat yang cukup besar kepada kita. Sebagai ibu, kita sering kekurangan masa untuk menjaga diri sendiri.

“Bagi kami, keluarga dan anak sentiasa diutamakan. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik kepada anak dan memenuhi setiap keperluan mereka.

“Melalui sesi ini, kami mendapati sebahagian daripada ibu tunggal sangat teruja untuk mengenakan solekan dan melihat perubahan pada wajah mereka.

“Saya benarbenar berharap sesi ini dapat membantu memperkasa­kan wanita dan mengingatk­an mereka kepada kecantikan serta martabat diri masingmasi­ng,” katanya.

Ia satu sesi memanjakan diri dan ubah wajah melalui solekan anjuran jenama itu untuk ibu tunggal daripada organisasi Hope.

Masing-masing mempunyai latar belakang berbeza dan kisah tersendiri untuk diceritaka­n, kesusahan serta cabaran hidup yang dilalui bagi memberikan yang terbaik buat anak mereka. Semangat mereka itu sedikit sebanyak menyuntik inspirasi kepada semua wanita.

“Melihat wanita ini menikmati masa memanjakan diri dan belajar mengenai tip aplikasi solekan adalah satu detik yang memberi inspirasi kepada diri saya sendiri.

“Malah, dengan hanya satu calitan gincu dapat menyerlahk­an wajah mereka serta-merta. Bukan sahaja kita berpeluang melihat wanita cantik ini bersinar dari luaran, tetapi yang lebih penting, dari dalam diri mereka.

“Melalui sesi ini, kami berharap dapat membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga,” katanya.

Pada masa sama, jenama berkenaan turut memberi sumbangan pek beras dan keperluan makanan asas yang mencukupi untuk tempoh enam bulan kepada setiap keluarga yang menyertai.

Sejak Mary Kay Ash menubuhkan syarikatny­a pada 53 tahun yang lalu, dia sentiasa mementingk­an kesejahter­aan wanita dan kanak-kanak.

Semangat ‘memberi’ itu mendorong pemilik jenama berkenaan mewujudkan syarikat impian untuk wanita. Sepanjang perjalanan hidupnya, Mary Kay Ash membuktika­n kepada insan lain untuk menerapkan semangat memberi dalam kehidupann­ya serta belajar menyumbang semula kepada komuniti.

Dia menyalakan harapan kepada wanita yang tidak mempunyai peluang, keyakinan diri dan sokongan kewangan. Kini, legasi yang berlandask­an kasih sayang itu terus hidup melalui inisiatif Mary Kay Pink Changing Lives.

 ??  ?? KHOR (dua dari kiri) menyampaik­an replika berbentuk cek kepada wakil Hope.
KHOR (dua dari kiri) menyampaik­an replika berbentuk cek kepada wakil Hope.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SESI pembelajar­an solekan kepada
ibu tunggal.
SESI pembelajar­an solekan kepada ibu tunggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia