Harian Metro

CUNGKIL BAKAT PEMAIN MUDA

-

Bagi kanak-kanak lelaki, bola sepak seolah-olah menjadi sukan wajib. Mungkin tidak semua orang mahir menggelece­k bola, namun rata-rata kanak-kanak lelaki boleh bermain dan menjayakan permainan.

Minat terhadap sukan ini perlu terus dipupuk bagi melahirkan generasi yang cergas dan cerdas. Antara caranya ialah memberi mereka sokongan dan peluang mendapat latihan sewajarnya supaya kemahiran dimiliki bertambah.

Ini yang dilakukan Pusat Pakaian Hari-Hari dalam merangsang perkembang­an kanak-kanak dan sukan dengan mengadakan Kejohanan Bola Sepak Hari-Hari Bawah 12 Tahun.

Kejohanan yang dimulakant­ahunlaluit­umendapat

Pasukan Satu FC juara Kejohanan Bola Sepak Hari-Hari Bawah 12 Tahun

sambutan baik daripada masyarakat. Tahun ini, sekali lagi pasukan Satu FC dinobatkan sebagai juara menewaskan Tunas Lagenda pada pusingan akhir. Tempat ketiga dimenangi Pasukan Langat FC dan LJ FC menduduki tangga keempat.

Kejohanan yang membawa keceriaan dan menaikkan semangat pemain muda itu adalah anjuran bersama Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj), Pusat Pakaian Hari-Hari, minuman isotonik Revive dan Molten. Ia bukan saja menjadi platform mencungkil bakat baru dalam arena bola sepak, malah menjadi tempat berkumpul untuk seisi keluarga dan sahabat handai selain saling memberi sokongan kepada pemain muda.

Menurut Ahli Majlis Perbandara­n Kajang, Lee Learn Eng, sambutan yang diberikan sangat menggalakk­an dengan penyertaan 52 pasukan berbanding 38 pasukan pada tahun lalu.

“Saya seronok melihat ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk bersukan. Penyertaan kali ini lebih baik berbanding tahun lalu dan diharap ia akan terus menjadi medan untuk menyerlahk­an bakat anak-anak kita,” katanya.

Kejohanan yang berlangsun­g dua hari di Stadium Kajang itu akan diteruskan untuk mencari pelapis dalam arena bola sepak negara.

Pengurus Besar Korporat dan Perhubunga­n Awam Pusat Pakaian Hari-Hari, Amil– ludin Latip juga berbangga dengan kesungguha­n dan semangat yang ditunjukka­n pemain dan ibu bapa mereka.

“Ini adalah cara Pusat Pakaian Hari-Hari menghargai masyarakat yang banyak menyokong kami. Seronok rasanya apabila dapat menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat yang membabitka­n generasi muda. Kejohanan ini akan diperluask­an di negeri lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LEE (berdiri dua dari kiri) dan Amilludin bersama pasukan Satu FC.
LEE (berdiri dua dari kiri) dan Amilludin bersama pasukan Satu FC.
 ??  ?? SEMANGAT kesukanan jelas terpancar di wajah
pemain muda.
SEMANGAT kesukanan jelas terpancar di wajah pemain muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia