Harian Metro

KOLABORASI USAHAWAN SERUMPUN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjalinka­n kerjasama dengan Pemerintah Kota Bandung, Indonesia bagi melahirkan usahawan bertaraf global melalui pelancaran ‘Showcase Produk Usahawan Serumpun @ Outlet

Little Bandung dan Halal Shopper ByMARA’, barubaru ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, program itu adalah kerjasama antara MARA, Koperasi Anak Sains MARA (ASMARA) dan Malaysia Indonesia Corporate House (MICH) Bandung.

Menurutnya, program itu bertujuan meneroka peluang pekerjaan yang memberi manfaat kepada usahawan Malaysia dan Indonesia.

“Halal Shoppe diwujudkan tahun lalu dan merupakan pusat sehenti dan produk halal membabitka­n 40 usahawan MARA merangkumi 300 jenis produk halal keluaran Bumiputera.

“Ia juga sebagai usaha dalam membawa masuk produk hasil usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera naungan MARA di Malaysia serta usahawan IKS naungan Pemerintah Kota Bandung Indonesia,” katanya ketika menyempurn­akan program terbabit di Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor.

Tambah Alexander, dalam program itu, usahawan Bumiputera berperanan sebagai pengimport produk Indonesia terpilih dari segi kualiti, halal dan dipasarkan ke semua Little Bandung yang akan didirikan secara berperingk­at dalam tempoh tiga tahun.

“Kerjasama ini adalah sebagai permulaan dalam usaha membangunk­an lebih banyak cawangan lain,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai berpeluang membeli-belah pada program terbabit.
ORANG ramai berpeluang membeli-belah pada program terbabit.
 ??  ?? MAJLIS pelancaran ‘Showcase Produk Usahawan Serumpun @ Outlet Little Bandung dan Halal Shopper ByMARA’ oleh Alexander.
MAJLIS pelancaran ‘Showcase Produk Usahawan Serumpun @ Outlet Little Bandung dan Halal Shopper ByMARA’ oleh Alexander.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia