Harian Metro

Gedung E-Dagang

-

Nestlé Malaysia melakar sejarah sebagai syarikat makanan dan minuman pertama di Malaysia melancarka­n gedung kesejahter­aan E-Dagang pelbagai jenama.

Syarikat pemakanan, kesihatan dan kesejahter­aan terkenal itu menempa kejayaan dengan kempen kesejahter­aan E-Dagang yang dijalankan sebulan, iaitu ‘Wellness Together-Gather’.

Nestlé Malaysia bekerjasam­a dengan peruncit dalam talian terkenal di Malaysia, Lazada dan 11street untuk menubuhkan gedung E-Dagang utamanya.

Pengarah Urusan

Nestlé Malaysia, Alois Hofbauer berkata, selepas mengecapi kejayaan selama lebih 100 tahun di Malaysia dan 150 tahun di seluruh dunia, penceburan Nestlé dalam perniagaan E-Dagang mencermink­an komitmen untuk membawa inovasi bagi terus menambat hati dan minda rakyat Malaysia.

“Kini, platform digital sudah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan insan kerana saluran ini menawarkan kesenangan, capaian dan nilai.

“Mengikuti kecenderun­gan pengguna dengan meluaskan langkah dalam dunia digital adalah selaras dengan usaha kami untuk sentiasa membawa inovasi dan mencapai pertumbuha­n bagi jangka masa panjang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya teruja kerana dapat berganding bahu dengan Lazada dan 11street dalam melangkah maju ke depan.

“E-Dagang menawarkan pelbagai peluang dan kami yakin akan mendapat banyak manfaat dalam jangka masa panjang,” katanya.

Gedung utama E-Dagang Nestlé menawarkan penyelesai­an mudah dengan pakej bertemakan pemakanan dan diskaun produk yang dirangka berdasarka­n kefahaman daripada hasil penyelidik­an sebenar dan data sosial daripada golongan ibu di Malaysia.

Kempen ‘Wellness Together-Gather’ yang diadakan empat minggu Oktober ini menawarkan lebih daripada 260 jenis produk, daripada 10 jenama Nestlé Malaysia dan 30 pakej promosi yang berlainan dengan diskaun sehingga 45 peratus di Lazada dan 11street.

Pengguna akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM1 juta daripada pembelian barang runcit dalam talian melalui kempen ini.

Kempen ‘Wellness Together-Gather’ anjuran Nestlé berlangsun­g sepanjang Oktober dengan pelbagai tawaran menarik untuk direbut yang boleh didapati di gedung E-Dagang Nestlé di Lazada dan 11street.

Sila layari www. lazada.com.my/ nestle-wellnessto­gether-gather dan www.11street.my/ nestle-wellnessto­gether-gather untuk memulakan pengalaman menarik membeli barangan runcit secara dalam talian!

 ??  ?? MAJLIS pelancaran kempen kesejahter­aan E-Dagang ‘Wellness Together-Gather’.
MAJLIS pelancaran kempen kesejahter­aan E-Dagang ‘Wellness Together-Gather’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia