Harian Metro

Pastri inspirasi anak

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Wanita berjiwa kental ini mengakui segalanya bermula apabila anakanak tersayang sering kali memintanya menyediaka­n pelbagai jenis makanan terutama kuih-muih.

Permintaan itu menjadi detik permulaan bagi anak kelahiran Meru, Selangor ini terbabit secara lebih serius dalam bidang pastri dan manisan sehingga saat ini.

Bagi Norhayati Hassan, 44, atau lebih mesra dengan panggilan Atie, dia terbabit secara serius dalam bidang pembuatan kuih-muih sejak 2013.

“Jika ditanya mengapa saya memilih bidang ini, jawapannya adalah anakanak kerana mereka sering kali meminta saya memasak selain menyediaka­n pelbagai kuih-muih.

“Perkara itu menyebabka­n saya sering mencuba mendapatka­n resipi kuih atau masakan terbaik sebelum tekad untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Menurut Atie, selain dorongan anak-anak, dunia masakan sudah sebati dengan jiwanya.

“Saya bersyukur kerana dianugerah­kan bakat dalam bidang ini untuk dimanfaatk­an sebaik mungkin. Kini, selepas bertapak secara serius dalam bidang ini, saya semakin gembira kerana sambutan diterima amat menggalakk­an terutama apabila kebanyakan pelanggan menggemari kuih-muih saya,” ujarnya.

Perkenal kuih bulan

Menyedari terdapat permintaan yang agak tinggi dalam penyediaan kuih bulan dalam kalangan masyarakat Melayu dan beragama Islam, Norhayati tekad merebut peluang terhidang bagi memastikan dia mencuba sesuatu yang baru.

“Walaupun banyak kuih bulan yang terdapat di pasaran dikatakan halal namun ramai antara kita yang masih waswas menyebabka­n saya cuba bertindak dengan menyediaka­n kuih bulan.

“Syukur, penerimaan dan permintaan daripada pelanggan amat tinggi dan rata-rata pelanggan gembira kerana mereka dapat membeli kuih bulan tanpa ada rasa waswas,” katanya.

Menurutnya, dia menyediaka­n kuih bulan berperisa telur masin, kuaci, durian, kacang merah dan pandan dengan harga berpatutan iaitu RM12 hingga RM15.

“Saya mengakui proses penyediaan kuih bulan ini agak rumit kerana menggunaka­n kaedah tradisiona­l dan manual namun hasilnya amat memuaskan hati terutama kepada penggemar kuih bulan.

“Namun semua kesukaran tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjaya dalam bidang ini terutama dalam memastikan kuih bulan saya memenuhi kehendak pelanggan,” katanya.

Atie berkata, bagi memastikan kuih bulan disediakan­nya berkualiti menyebabka­n dia sentiasa mencuba menambah baik kualiti dan resipi kuih bulannya.

“Saya tidak mahu dikatakan seorang peniaga yang syok sendiri. Saya akan cuba untuk memenuhi cita rasa dan kehendak pelanggan.

“Saya yakin, kuih bulan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana ia bukan sejenis kuih yang mudah ditemui pada bilabila masa,” katanya.

Tawar pelbagai kuih-muih

Selain kuih bulan, Norhayati berkata, dia turut menyediaka­n pelbagai jenis kuih-muih antaranya kuih tradisiona­l, aneka kuih talam dan aneka kuih roti.

“Saya gemar mengambil peluang dan berusaha untuk memastikan semua kuih disediakan menepati cita rasa pelanggan. Disebabkan itu juga saya cuba untuk menjual setiap kuih-muih dengan harga berpatutan supaya tidak membebanka­n pelanggan,” katanya.

Menurutnya, soal harga bahan mentah yang tidak menentu selain saingan sengit daripada peniaga lain menjadi antara cabaran yang perlu ditempuhin­ya bagi memastikan perniagaan­nya kekal diterima.

“Saya sentiasa memegang prinsip untuk

Permintaan zuriat detik permulaan Atie serius dalam pembuatan kuih

bersungguh-sungguh dalam melakukan apa juga perkara dan tidak mudah berputus asa.

“Pada masa sama saya juga membuka kelas penyediaan kuih bulan untuk membantu wanita mendalami kemahiran menyediaka­n kuih-muih tradisiona­l dan moden,” katanya.

Tambahnya, tidak salah untuk berkongsi ilmu dan dia gembira apabila semakin ramai individu yang mahir menyediaka­n kuih bulan.

“Saya juga bersyukur kerana keluarga banyak menyokong selain rakan terdekat yang tidak pernah membiarkan saya sendiri dalam bidang ini.

“Saya berharap setiap kuih yang saya sediakan bukan sahaja lazat, malah meninggalk­an satu kenangan yang tidak dapat dilupakan terutama apabila ia dinikmati bersama keluarga atau individu tersayang,” katanya.

Semua maklumat berkaitan kuih-muih terutama kuih bulan Atie boleh didapati dengan melayari laman sosial Facebook atie hayatie dan Instagram @ ryana’s mom bakery n cookies.

 ??  ?? ATIE bersama
kuih bulan disediakan­nya.
ATIE bersama kuih bulan disediakan­nya.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan
kuih bulan.
PELBAGAI pilihan kuih bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia