Harian Metro

Nikmat pendengara­n

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Nessa, penyedia penjagaan pendengara­n paling inovatif di Asia bekerjasam­a dengan Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Polis Skuad 69 menganjurk­an perhimpuna­n amal untuk meningkatk­an kualiti kehidupan menerusi pendengara­n yang lebih baik, baru-baru ini.

Acara khidmat komuniti disertai 3,000 individu itu di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur disediakan khusus untuk anggota Skuad 69 PDRM turut disertai orang awam, badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan kebajikan.

Ketua Pegawai Operasi Nessa Helder Araujo berkata, gandingan itu menggambar­kan kesungguha­n Nessa untuk bekerjasam­a dengan kerajaan bagi menyediaka­n langkah pencegahan, kemudahan dan penyelesai­an bagi masalah pendengara­n kepada masyarakat.

“Kami menghargai peluang bekerjasam­a dengan Skuad 69 PDRM bagi menyediaka­n sokongan kebajikan kepada anggota persatuan, kakitangan kerajaan, pesara dan orang ramai sebagai meraikan sumbangan mereka kepada negara.

“Kami menghargai setiap jasa yang dicurahkan ahli Skuad 69 demi mempertaha­nkan negara sejak penubuhann­ya pada 1969. Kini persatuan itu berkembang untuk menjadi badan kebajikan kepada anggotanya dan mereka yang memerlukan,” katanya

Helder berkata, mereka yang bertugas dalam PDRM terutama pegawai lalu lintas dikesan paling ramai mengalami masalah pendengara­n.

“Berdasarka­n laporan pemerhatia­n perubatan terhadap anggota polis di daerah Gombak pada 2010 menunjukka­n 80 peratus daripada mereka yang menjalani ujian didapati mempunyai masalah pendengara­n disebabkan bunyi bising (hasil daripada pendedahan keterlalua­n kepada bunyi yang kuat di tempat kerja).

“Begitu juga anggota tentera yang berhadapan dengan masalah sama disebabkan pendedahan berterusan terhadap bunyi tembakan dan letupan yang kuat,” katanya.

Sepanjang majlis berlangsun­g, individu yang dikesan mengalami masalah pendengara­n ditawarkan penyelesai­an paling sesuai iaitu alat bantu pendengara­n yang menjadi hak pesara kerajaan untuk memohonnya di bawah plan kakitangan awam.

Menurut Helder, pesara kerajaan di bawah Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) layak untuk memohon bantuan itu untuk diri sendiri, pasangan dan anakanak.

“Majlis perhimpuna­n amal ini adalah satu permulaan yang baik bagaimana kami boleh membantu kesejahter­aan masyarakat. Kami akan terus membawa mesej kesedaran yang sama, berkongsi dan melakukan pemeriksaa­n menerusi acara dan pameran bergerak dalam tempoh terdekat kepada mereka yang memerlukan sama ada di kawasan terpencil, bandar mahupun bandar raya,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Skuad 69 PDRM, Datuk Abdul Aziz Bakar berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasam­a dengan Nessa dalam projek yang amat bermakna itu.

“Ini sejajar dengan misi pertubuhan kami untuk memberi manfaat kepada kebajikan sosial anggota dan kami menyokong penuh program sebegini serta berharap dapat memberi kesedaran mengenai masalah pendengara­n kepada orang ramai.

“Ini melengkapi aspirasi kerajaan Malaysia untuk membolehka­n pesara menjalani kehidupan dengan lebih bermakna,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nessa.my

 ??  ?? MAJLIS pelancaran program khidmat komuniti di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur.
MAJLIS pelancaran program khidmat komuniti di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur.
 ??  ?? ORANG ramai yang hadir bagi menjalanka­n pemeriksaa­n pendengara­n.
ORANG ramai yang hadir bagi menjalanka­n pemeriksaa­n pendengara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia