Harian Metro

Derma satu sen setiap liter

-

Shell berjaya mengumpul dana RM735,000 untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dalam kempen amal ‘Balik Kampung’ yang dianjurkan, baru-baru ini.

Kempen yang dijalankan dua tahun berturut-turut itu juga menerima sumbangan tambahan daripada peruncit.

Menerusi kempen itu, Shell menyumbang satu sen untuk setiap liter minyak yang dibeli di stesennya di seluruh negara dalam satu tempoh ditetapkan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn

Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya amat menghargai tindakan pemandu Malaysia yang menjadikan perjalanan mereka satu keberkatan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Mereka dapat membantu kanak-kanak ini dengan hanya mengisi tangki minyak kenderaan untuk memberi sinar harapan kepada golongan memerlukan.

“Pada tahun ini kami merayakan ulang tahun ke-125 di Malaysia dan mahu melakukan sesuatu yang istimewa supaya manfaatnya boleh dikembalik­an kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya ingin menyumbang kembali dan mendorong masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik. Antara golongan yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak dengan keperluan khas.

Dana yang dikumpul menerusi sokongan daripada pelanggan, pengedar dan peruncit

Shell dari kempen ini akan disalurkan kepada enam pertubuhan amal terpilih.

Dua pertubuhan yang menerima sumbangan daripada kempen ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan bercadang untuk menggunaka­n dana berkenaan bagi program pembanguna­n seperti kem kepimpinan, kelas komputer dan kelas memasak.

Empat lagi pertubuhan akan memberi tumpuan membantu kanakkanak yang mengalami masalah pembelajar­an dan menggunaka­n dana masing-masing untuk menyokong program yang menambah baik kemahiran komunikasi dan stimulasi deria seperti terapi muzik, kelas seni lukis serta latihan kemahiran deria dan motor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www. shell.com.my/125csr

 ??  ?? KEMPEN amal ‘Balik Kampung’ Shell dapat sambutan masyarakat yang prihatin.
KEMPEN amal ‘Balik Kampung’ Shell dapat sambutan masyarakat yang prihatin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia