Harian Metro

SI CILIK ‘NAIK HAJI’

- Erdiehazzu­an Ab Wahid hmkk@hmetro.com.my

500 peserta berusia 6 tahun dari 30 tadika seluruh Sabah sertai Program Simulasi Haji Cilik

Program Simulasi Haji Cilik adalah satu langkah bijak, menarik dan kreatif dalam memberi pendedahan awal secara praktikal kepada kanakkanak berkaitan Rukun Islam kelima.

Hasil kajian yang dilakukan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85 peratus perkembang­an otak manusia paling laju berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak.

Justeru, Program Simulasi Haji Cilik sangat sesuai bagi penyertaan pelajar Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) secara amnya.

Program anjuran bersama Persatuan Tadika Islam Sabah (PERTIS), Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Lembaga Urusan Tabung Haji Sabah itu adalah program julung kali diadakan bertempat di Masjid UMS.

Meskipun baru pertama kali diadakan di Sabah, Program Simulasi Haji Cilik itu berjaya menarik penyertaan lebih 30 tadika seluruh Sabah membabitka­n 500 peserta berusia enam tahun.

Proses haji mengikut rukun haji sebenar dimuatkan dalam modul ini dengan meletakkan tujuh ‘checkpoint’ seperti bahagian Imigresen, wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar tiga Jamrah, bertahalul, saie dan tawaf.

Peserta lengkap berpakaian ihram turut dibekalkan dengan pasport dan diiringi mutawif bertugas.

Replika Kaabah turut disediakan bagi menambahka­n kefahaman peserta cilik. Pengalaman sepanjang program ini pasti meninggalk­an kenangan terindah kepada kanak-kanak di samping perkongsia­n ilmu yang menarik.

Keriangan kanak-kanak lengkap berpakaian ihram jelas terpancar pada wajah mereka termasuk ibu bapa masing-masing yang menyaksika­n gelagat lucu anak mereka ‘mengerjaka­n’ ibadat haji.

Lebih menarik apabila rata-rata peserta cilik berkenaan mahu dipanggil dengan gelaran ‘Haji’ atau ‘Hajah’ selepas ‘mengerjaka­n’ Rukun Islam kelima itu walaupun tahu ia hanya latihan.

Peserta dari Tadika Al-Hadanah Al-Islamiah, Mohamad Fathi Darwisy Wasli, 6, berkata, dia mahu dipanggil Haji Lu’ apabila selesai melaksanak­an simulasi haji bersama rakannya yang lain.

Mohamad Fathi Darwisy, yang mesra dengan panggilan

Lu’lu, mengakui teruja melaksanak­an haji secara simulasi itu dan berharap dapat berpeluang ke Makkah apabila dewasa kelak.

Ibunya, Bujiah Rohimin, 34, berkata, Lu’lu sentiasa membuat latihan di rumah sebagai persediaan menyertai program itu.

“Di rumah dia suka berpakaian ihram dan kerap meminta dirakam gambarnya dengan pakaian itu.

“Untuk ke program (simulasi) ini, dia bangun awaldankam­isampaidi tadika seawal jam 6.30 pagi lagi sebelum bergerak bersama-sama ke Masjid UMS,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga meminta semua anggota keluargany­a memanggiln­ya Haji Lu’lu selepas selesai program simulasi itu.

Pada majlis perasmian program berkenaan, Naib Canselor UMS Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, program simulasi itu dapat mengajar kanakkanak secara teori dan praktikal mengenai suasana umat Islam mengerjaka­n haji di Makkah.

“Saya menyaranka­n kepada semua pihak sama ada kerajaan atau swasta untuk berganding bahu menganjurk­an pelbagai program berbentuk latihan dan pendidikan kepada setiap peringkat lapisan rakyat supaya kita dapat mewujudkan budaya ilmu danmasyara­katyang berilmu,” katanya.

 ??  ?? PROGRAM Simulasi Haji Cilik bantu tingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap ibadat haji.
PROGRAM Simulasi Haji Cilik bantu tingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap ibadat haji.
 ??  ?? LATIHAN tawaf
mengelilin­gi replika Kaabah.
LATIHAN tawaf mengelilin­gi replika Kaabah.
 ??  ?? MOHAMAD Fathi mahu ibu memanggiln­ya Haji Lu’lu.
MOHAMAD Fathi mahu ibu memanggiln­ya Haji Lu’lu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia