Harian Metro

Kumpul RM152,200 bantu Yayasan Jantung Malaysia

-

Kuala Lumpur: Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life) dan Yayasan Jantung Malaysia mengumpul dana amal berjumlah RM152,220 menerusi penganjura­n Great Eastern Bubble Dash Run 2016 yang berlangsun­g, semalam.

Acara larian menarik penyertaan 15,000 peserta yang menyertai tiga kategori iaitu 5 kilometer (Bubble Dash Run), 12 serta 21 kilometer (Live Great Run) bermula dari Dataran Merdeka merentasi jalan utama di sekitar pusat bandar raya.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life, Datuk Koh Yaw Hui berkata, program itu dianjurkan bersama Yayasan Jantung Malaysia bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n amalan gaya hidup sihat untuk kesihatan tubuh badan terutama jantung.

“Tahun ini kami memperkena­lkan larian buih berwarna warni bagi memberikan kelainan dan menggambar­kan amalan gaya hidup sihat itu sesuatu yang menyeronok­kan.

“Peserta yang menyertai aktiviti sihat itu menyumbang kepada Yayasan Jantung Negara kerana sebahagian daripada yuran pendaftara­n disalurkan untuk kegunaan yayasan itu.

“Selain itu, Great Eastern Life menaja 500 pasang kasut sukan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dari 43 rumah kebajikan di seluruh negara,” katanya selepas acara Bubble Dash Run 2016 tamat di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Yayasan Jantung Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli merasmikan dan melepaskan peserta jam 7.30 pagi.

 ??  ?? PESERTA memulakan larian di samping buih berwarna-warni, semalam.
PESERTA memulakan larian di samping buih berwarna-warni, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia