Harian Metro

Minta lesen dapat kata kesat

-

Kuala Lumpur: Hambur kata-kata kesat sebelum cuba menyerang anggota polis trafik hanya kerana diminta menyerahka­n lesen menunggang motosikal dan cukai jalan.

Itu tindakan ‘kurang ajar’ seorang lelaki berusia 30-an sejurus ditahan dalam

Operasi Bersepadu Trafik Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, jam 1 pagi semalam.

Lelaki itu yang menunggang motosikal model Honda Wave dikatakan berang apabila seorang anggota polis trafik menahannya untuk pemeriksaa­n selepas didapati dalam keadaan mencurigak­an.

Lelaki itu kemudianny­a mencampakk­an beg galas dan dompetnya mengandung­i dokumen pengenalan diri ke atas jalan selain menengking anggota polis terbabit.

Dia terpaksa ditenangka­n anggota polis lain sebelum diarahkan menjalani ujian air kencing dan didapati positif dadah jenis syabu.

Lelaki itu di bawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan lanjut atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya, manakala motosikal digunakann­ya turut disita.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, sebanyak 413 saman dikeluarka­n dan 66 motosikal disita atas pelbagai kesalahan sepanjang lebih tiga jam operasi dijalankan di empat lokasi sekitar ibu negara.

“Dalam operasi bermula jam 10.30 malam hingga 2 pagi itu, kebanyakan individu yang ditahan didapati tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, tiada nombor plat kenderaan dan lain-lain.

“Kami turut mengeluark­an 11 notis amaran terhadap individu mempunyai waran tangkap kerana rekod saman tertunggak,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi.

Operasi disertai 77 pegawai serta anggota JSPT Kuala Lumpur itu membabitka­n empat lokasi yang mencatatka­n kadar kemalangan tinggi iaitu Jalan Bangsar, Jalan Genting Klang, Jalan Raja Laut dan Jalan

Loke Yew di sini.

Mohd Nadzri berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki masing- masing atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan menunggang motosikal secara melulu di Jalan Loke Yew.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, Sekyen 42 dan Seksyen 108 akta yang sama,” katanya.

 ??  ?? LELAKI positif dadah ditahan ketika operasi.
LELAKI positif dadah ditahan ketika operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia