Harian Metro

28 aduan pakej palsu sejak Januari

-

Bahagian Pelesenan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) sudah menerima empat aduan berhubung dakwaan penipuan membabitka­n lelaki berkenaan yang menawarkan pakej pelanconga­n disyaki palsu.

MOTAC dalam satu kenyataan kepada Harian Metro berkata, sejak Januari tahun ini 28 aduan lain turut diterima membabitka­n penganjura­n dan penjualan pakej pelanconga­n melalui media sosial dan lima daripadany­a adalah pakej umrah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Industri Pelanconga­n 1992 yang mana pelanggara­n seksyen ini adalah satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan membabitka­n penipuan, kes perlu dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala bagi sebarang tuntutan bayaran, pengadu perlu memfailkan sebarang tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.

Berikutan itu, MOTAC akan bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menutup atau membuat sekatan ke atas laman web, blog atau laman sosial yang dijadikan medan promosi untuk memperdaya orang ramai membeli pakej pelanconga­n palsu.

Katanya, perkara itu disokong dengan promosi menarik dengan ulasan atau komen yang baik sehingga berjaya meyakinkan orang ramai dan pengikut laman itu mengenai ‘kehebatan’ paket berkenaan.

Menurutnya, orang ramai perlu memastikan syarikat itu berdaftar dan mempunyai lesen dengan kementeria­n kerana ia pasti mempunyai premis perniagaan yang tetap dan akan mengurangk­an kebarangka­lian menipu, malah jika berlaku kes itu, ia mudah dikesan kementeria­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia