Harian Metro

Belum tiba ajal

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Pemancing selamatkan nelayan selepas bot terbalik dipukul ombak

“Kejadian itu betul-betul berlaku di hadapan kami sebaik tiba ke lokasi memancing berhampira­n Kapal Rusia,” kata seorang jurutera sebuah kilang yang menyelamat­kan lima nelayan tempatan selepas bot mereka terbalik di perairan Selat Melaka, pagi kelmarin.

Abu Zahir Azizan, 28, berkata, kejadian berlaku jam 11 pagi ketika ombak kuat ketika dia bersama empat rakannya memancing dengan menaiki bot ke kawasan unjam berhampira­n tukun kapal Rusia.

Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan ke kawasan berkenaan, bot mereka berhenti hendak menjatuhka­n sauh, kelihatan sebuah bot dinaiki lima lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun terbalik akibat dipukul ombak.

Katanya, ketika itu seorang rakannya sempat mengambil rakaman video usaha menyelamat­kan mangsa menggunaka­n pelampung.

“Semua lima nelayan diselamatk­an dan kami bersyukur kepada Allah. Saya bersama rakan bertuah kerana berjaya menyelamat­kan nelayan terbabit,” katanya.

Abu Zahir berkata, kejadian bot terbalik itu berlaku tidak jauh dari bot mereka dan mereka bertindak pantas bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kelmarin, video berdurasi 2.51 minit tersebar melalui Facebook (FB) menunjukka­n sebuah bot nelayan terbalik dan terdapat dua lelaki sedang berpaut sebelum sebuah bot lain cuba membantu.

Semasa kerja menyelamat keadaan ombak agak kuat dan mereka terpaksa membaling pelampung untuk menyelamat­kan mangsa.

Difahamkan semua nelayan yang selamat itu dihantar pulang ke jeti di Pantai Seagate, Bayan Lepas.

 ?? Abu Zahir Azizan ?? Saya bersama rakan bertuah kerana berjaya menyelamat­kan nelayan terbabit ”
LIMA nelayan diselamatk­an selepas bot mereka terbalik kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Pinang pantai berhampira­n Teluk Bahang.
Abu Zahir Azizan Saya bersama rakan bertuah kerana berjaya menyelamat­kan nelayan terbabit ” LIMA nelayan diselamatk­an selepas bot mereka terbalik kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Pinang pantai berhampira­n Teluk Bahang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia