Harian Metro

Air mata Deepavali

- Amrullah Abdul Karim hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ 2 remaja maut motosikal bertembung kereta di persimpang­an

Perayaan Deepavali bakal disambut tidak lama lagi bertukar hiba bagi keluarga dua remaja lelaki yang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Pusat Perniagaan Adenium di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.53 pagi itu, mangsa, J Jeganraj dan K Sasi Dharan masing-masing berusia 16 tahun terbunuh apabila motosikal Honda EX5 Dreams yang ditunggang bertiga bersama seorang lagi rakan mereka bertembung dengan sebuah kereta model Toyota Vios.

Mayat mereka tercampak dan bergelimpa­ngan di atas jalan manakala seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai Arun, 18, putus kaki kanan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Abang ipar Sasi Dharan, V Prasanht, 24, berkata, keluargany­a terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Deepavali yang sepatutnya disambut Sabtu ini.

“Semua persiapan terpaksa dibiarkan begitu saja. Bagi kami, tiada Deepavali tahun ini,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Dahlia di sini, semalam.

Sementara itu, abang saudara Jeganraj, M Muniandi, 33, menyifatka­n mendiang sebagai seorang yang pandai berdikari dan membela nasib keluargany­a walaupun baru berusia 16 tahun.

“Dia tidak lagi bersekolah kerana bekerja untuk membantu keluarga. Walaupun hanya menjadi kelindan lori, dia tidak pernah lupa tanggungja­wab sebagai anak dan adik kepada seorang kakak dan abangnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan R Supramania­m berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan berdekatan.

“Setibanya di lokasi kejadian, mereka yang menaiki motosikal sama bagaimanap­un bertembung dengan Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 20-an dari arah Bukit Sentosa.

“Akibat pertembung­an itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat,” katanya yang mengklasif­ikasikan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? MAYAT mangsa yang tercampak di tengah jalan di persimpang­an lampu isyarat Pusat Perniagaan Jalan Adenium, Bukit Beruntung, semalam.
MAYAT mangsa yang tercampak di tengah jalan di persimpang­an lampu isyarat Pusat Perniagaan Jalan Adenium, Bukit Beruntung, semalam.
 ??  ?? KEADAAN Toyota Vios yang terbabit kemalangan.
KEADAAN Toyota Vios yang terbabit kemalangan.
 ??  ?? KEADAAN motosikal dinaiki tiga remaja.
KEADAAN motosikal dinaiki tiga remaja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia