Harian Metro

Jenayah siber meningkat 9,085 kes Terlena separuh bogel

-

Jenayah siber di negara ini meningkat kepada 9,085 kes tahun lalu berbanding 6,337 kes pada 2014 membabitka­n kerugian RM179.3 juta dan RM161.8 juta.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Bukit Aman Datuk

Rusli Ahmad berkata, trend itu menunjukka­n peningkata­n yang mencatatka­n 5,785 kes dengan kerugian RM119.7 juta daripada Januari hingga Jun 2016.

“Ia akibat tindakan tidak bertanggun­gjawab individu menyalahgu­nakan media sosial bagi tujuan jenayah, keganasan, menghasut, membangkit­kan kebencian dan ketakutan kepada masyarakat.

“Kemunculan jenayah baharu melalui media sosial kian berleluasa. Jenayah berasaskan komputer seperti Macau Scam, African Scam dan pelbagai scam lagi memerlukan kepakaran khas pihak berkuasa menyiasat dan menuduh pesalah,” katanya.

Pengguna jalan raya di Kawasan Perindustr­ian Ringan Bletih, di sini, gempar apabila melihat seorang wanita terlena di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel, pagi kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri jam 6.30 pagi sebelum polis dan ambulans dimaklumka­n untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita terbabit dikatakan keluar berhibur bersama rakannya di dua pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.

Mangsa dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk dan hanya menyedari kejadian dia terbaring di tepi jalan ketika berada di dalam ambulans untuk dihantar ke Hospital Kapit.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superinten­dan Freedy Bian berkata, pemeriksaa­n terhadap mangsa di Hospital Kapit mendapati ada kesan koyakan pada kemaluanny­a.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 26 tahun yang juga kenalan mangsa untuk siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah ini beberapa jam selepas laporan polis kerana mereka antara individu terakhir dilihat bersama mangsa.

“Berdasarka­n siasatan awal, suspek mengakui keluar berhibur bersama mangsa, namun selepas itu mereka mendakwa wanita itu ke sebuah lagi pusat karaoke bersama individu lain,” katanya.

Freedy berkata, setakat ini, polis masih menunggu

„ Wanita mabuk berhibur tidak sedar diri di tepi jalan

keterangan daripada mangsa yang masih menerima rawatan di hospital bagi mendapatka­n gambaran sebenar kejadian.

“Dua suspek yang ditahan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol,” katanya.

 ??  ?? MANGSA ditemui terbaring di tepi jalan Kawasan Perindustr­ian Ringan Bletih, pagi kelmarin.
MANGSA ditemui terbaring di tepi jalan Kawasan Perindustr­ian Ringan Bletih, pagi kelmarin.
 ??  ?? RUSLI
RUSLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia