Harian Metro

Isi masa muda demi masa depan

-

Kuala Lumpur: “Fikirkan bagaimana keadaan kita 10 tahun akan datang, keluarga kita, kehidupan kita. Apa yang dinikmati hari ini, walaupun ia mewah tidak kekal kerana perbuatan itu melanggar hukum agama.

“Duit memberi keseronoka­n sementara saja. Sebab itu ramai yang terpesona dan memilih jalan salah dalam hidup. Sebagai orang muda, kita tak sedar banyak lagi tanggungja­wab perlu dibereskan seperti mencari ilmu, menjaga ibu bapa, dan paling penting mengutip pengalawuj­ud man untuk masa depan,” kata Ketua Sekretaria­t Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Yusuf Azmi.

Katanya, rasa kesal hanya timbul selepas melalui fasa muda tanpa berbuat apa-apa sedangkan tanggungja­wab sebenar hanya dirasai apabila berkeluarg­a dan bekerjaya.

Menurutnya, waktu itu perbanding­an dengan rakan sebaya dari segi kebahagiaa­n hidup, kestabilan ekonomi dan ia bertitik tolak daripada apa yang dibuat ketika usia muda.

“Sebab itu, penting bagi orang muda bijak mengisi peluang dengan mengandaik­an masa depan bergantung kepada usaha hari ini. Jika tidak, mereka dalam kerugian,” katanya.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai pengakuan dua adik beradik yang terpesona dengan kemewahan sehingga sanggup menjadi ‘Money Boy’ demi hidup senang.

Mereka menerima pendapatan antara RM20,000 dan RM25,000 sebulan hasil hubungan terlarang dengan wanita dan lelaki bagi memuaskan nafsu dan sebagai balasan, habuan lumayan menanti kedua-duanya.

Kajian pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) juga menunjukka­n trend itu semakin membimbang­kan dan memerlukan tindakan segera pihak berkuasa di negara ini.

 ??  ?? semalam. depan Metro Ahad,
LAPORAN muka
semalam. depan Metro Ahad, LAPORAN muka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia