Harian Metro

Tingkat mobiliti awam setanding negara maju

-

Kuala Lumpur: Peruntukan khusus untuk penambahba­ikan beberapa jenis pengangkut­an awam darat dalam Bajet 2017 membuktika­n kerajaan prihatin dengan nasib rakyat dan komited untuk menyediaka­n kemudahan setanding negara maju.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya mengalu-alukan peruntukan bagi peningkata­n pengangkut­an awam darat dalam pembentang­an Bajet 2017 Jumaat lalu.

“SPAD yakin bahawa peruntukan di bawah Bajet 2017 bagi pengangkut­an awam darat penting dalam usaha suruhanjay­a untuk mencapai sasaran perkongsia­n mod 40 peratus di kawasan dalam bandar pada 2030,” katanya.

Menurutnya, demi meningkatk­an mobiliti dan mengurangk­an kesesakan di kawasan Greater Kuala Lumpur atau Lembah Klang (GKL/KV) yang kian mengalami urbanisasi, kerajaan komited dalam merealisas­ikan projek berwawasan seperti penyambung­an laluan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang termasuk projek Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh - Kajang yang bakal beroperasi.

Katanya, di luar Lembah Klang pula, RM100 juta diperuntuk­kan bagi pemulihan laluan Pantai Timur yang musnah akibat banjir pada 2014 dan ia akan memulihkan kesalinghu­bungan bagi kawasan luar bandar yang bergantung kepada perkhidmat­an rel.

Beliau berkata, pengenalan 19 set tren Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) baharu yang akan beroperasi bagi laluan Johor Bahru - Padang Besar akan memperting­katkan frekuensi perkhidmat­an serta kapasiti bagi memenuhi permintaan untuk perkhidmat­an ini yang kian berkembang pesat.

“Sehubungan itu, SPAD mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan meneruskan projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) dengan peruntukan RM55 bilion.

“Projek ECRL ini yang merangkumi jarak 600 kilometer akan menghubung­kan kawasan GKL/KV dengan bandar di Pantai Timur termasuk Bentong, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Tumpat.

“Seiring dengan itu, projek ini juga akan membolehka­n pertumbuha­n sosioekono­mi di sepanjang jajaran serta membawa faedah dan perubahan kepada rakyat,” katanya.

Mohd Azharuddin berkata, kelulusan peruntukan RM60 juta akan membantu penerima permit teksi individu berkelayak­an yang keluar daripada sistem pajak untuk membeli kenderaan baharu dengan penerimaan geran RM5,000.

“Ini mencermink­an komitmen kerajaan untuk memba- ngunkan taraf industri ini di bawah Program Transforma­si Industri Teksi. Tambahan pula, kerajaan mengumumka­n pengenalan jaringan keselamata­n melalui skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi pemandu teksi yang layak,” katanya. bahawa Uber tidak sepatutnya dibenarkan, malah perlu diambil tindakan kerana melanggar Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010.

“Pemandu Uber sepatutnya ditahan, kereta mereka wajar disita dan aplikasi boleh diharamkan, tetapi masih tiada sebarang tindakan sehingga hari ini.

“Justeru, seandainya perancanga­n dulu masih gagal dilaksanak­an dan isu Uber tidak diselesaik­an, maka tiada gunanya geran RM5,000 atau Skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) kepada pemandu teksi,” katanya.

Hal sama turut diakui Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutua­n, Selangor (PERPEKLI), Datuk Aslah Abdullah.

Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap Uber dan membantu memajukan industri teksi menerusi penjenamaa­n semula perkhidmat­an kepada rakyat.

“Kita bimbang peruntukan yang diumumkan kali ini langsung tidak memberi kesan kepada pemandu teksi, malah mungkin memburukka­n lagi industri,” katanya.

 ??  ?? MOHD Azharuddin
MOHD Azharuddin
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia