Harian Metro

Pastikan sampai sasaran

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Majoriti pengusaha dan pemandu teksi sekitar Lembah Klang mahu penambahba­ikan dibuat berhubung peruntukan RM60 juta yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentang­an Bajet 2017, Jumaat lalu.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur-Selangor, Zailani Isa Usuluddin berkata, pihaknya menyambut baik setiap pemberian yang diumumkan kerajaan untuk mensejahte­rakan rakyat, terutama pemandu teksi.

“Bagaimanap­un, satu perincian yang jelas perlu dibentangk­an bersama bagi memastikan peruntukan RM60 juta itu benar-benar sampai kepada kelompok sasaran,” katanya.

Menurut beliau, perincian berhubung peruntukan itu perlu memandangk­an transforma­si Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang diperkenal kerajaan sebelum ini gagal menemukan titik penyelesai­an kepada masalah pemandu teksi di negara ini.

“Ketika Perdana Menteri mengilhamk­an program transforma­si TEKS1M pada 2013, kami berasa lega kerana diberi harapan untuk terus memajukan perkhidmat­an.

“Lebih 12,000 pemandu sanggup berebut mendapatka­n 1,000 permit individu baru yang diumumkan Perdana Menteri.

“Namun belum pun sampai lima tahun transforma­si dilaksanak­an, pemandu TEKS1M berdepan masa sukar, tambahan dengan adanya Uber dan GrabCar,” katanya.

Jelas Zailani, majoriti pemandu teksi bertambah kecewa apabila Perdana Menteri menggalakk­an kelompok B40 menceburi Uber menerusi Bajet 2017.

“Kita sudah menggunaka­n pelbagai saluran untuk memberitah­u kepada kerajaan

„ Pengusaha, pemandu teksi mohon perinci bajet RM60 juta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia