Harian Metro

‘Hati saya dekat orang pelarian’

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Doktor aktif aktiviti kesukarela­wan perjuang nasib mangsa peperangan menerusi perubatan

Empat hari mendamping­i pelarian Palestin ketika menyertai misi kemanusiaa­n di Lubnan pada 2007 membuka hati seorang pegawai perubatan untuk terus mendekati dan membela nasib golongan berkenaan.

Pembelaan yang ingin dilakukann­ya membabitka­n aspek kesihatan dengan memanfaatk­an kelebihan dimiliki dalam bidang perubatan untuk memberi rawatan kepada golongan pelarian.

Sehingga kini, Dr Raudah Mohd Yunus, 32, masih aktif dalam aktiviti kesukarela­wan dengan menggunaka­n platform beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu golongan terbabit.

Kecenderun­gan itu juga mendorong beliau untuk menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) pada Julai hingga Oktober lalu bagi menimba pengalaman dan ilmu untuk memahami serta mengendali­kan isu pelarian secara lebih sistematik.

“Hati saya terlalu dekat dengan golongan pelarian selepas melihat sendiri kepayahan kehidupan yang mereka lalui sepanjang tinggal di kem pelarian di Lubnan.

“Antara kenangan tidak dapat saya lupakan (di Kem Pelarian Lubnan) ialah melihat tertibnya kanak-kanak pelarian Palestin yang berusia antara lima hingga tujuh tahun. Mereka hanya datang mengambil buah tangan iaitu makanan ringan dan mainan dibawa kumpulan sukarelawa­n apabila dipanggil”.

“Mereka juga menolak jika diberikan lebih daripada satu buah tangan dan mengatakan bahagian itu hak kanak-kanak lain,” katanya kepada Harian Metro.

Bekas graduan Universiti Iskandaria­h, Mesir itu berkata, pengakuan mereka menyentuh hatinya kerana pada usia sebegitu, mereka mempunyai tahap kematangan yang tinggi yang berkemungk­inan hasil didikan ibu bapa.

Beliau memilih menjalani latihan praktikal di UNHCR kerana mahu lebih mendekati golongan pelarian dan sepanjang tempoh berkenaan menimba banyak pengalaman menarik.

“Penindasan dan ketidakadi­lan adalah sesuatu tidak boleh ditolerans­i. Ketika latihan di sana (UNHCR), saya merasakan satu kepuasan yang sukar untuk diperjelas­kan kepada sesiapa.

“Kepuasan sebegini hanya dapat dirasai apabila kita bekerja dengan tujuan yang jelas, dan memberikan kegembiraa­n kepada orang lain.

“Masih ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia termasuk yang berpendidi­kan tinggi belum memahami isu ini. Ada mempersoal­kan aktiviti membantu pelarian kerana menganggap ia hanya membuatkan lebih ramai yang datang dan itu satu bebanan,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu mengakui, sebaliknya golongan pelarian adalah manusia biasa yang juga inginkan kehidupan yang baik sama seperti yang lain.

“Kita mungkin tidak mampu menghentik­an peperangan kerana itu di luar bidang kuasa kita, tetapi membela golongan mangsa peperangan adalah perkara paling mudah dan kecil yang boleh kita lakukan.,” katanya.

Dr Raudah berkata, pelarian di negara ini perlu diberikan sokongan moral dan sosial kerana mereka melalui pelbagai bentuk trauma dan pengalaman pahit di negara asal masing-masing.

“Terdapat 150,000 pelarian berdaftar di Malaysia dengan 85 hingga 90 peratus warga Myanmar, 40 peratus daripadany­a etnik Rohingya, etnik Chin (31 peratus) dan Burma Muslim (14 peratus).

“Baki daripada jumlah berkenaan ialah pelarian Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Iraq, Afghanista­n, Syria, Yaman dan Palestin,” katanya.

Menurutnya, agak merisaukan kerana 57 peratus daripada jumlah pelarian adalah wanita dan kanak-kanak iaitu 32 peratus wanita dan kanak-kanak (25 peratus).

Katanya lagi, dua golongan berkenaan memerlukan perhatian, khususnya dalam memenuhi keperluan kesihatan, keselamata­n dan pendidikan.

Satu lagi pengalaman tidak boleh dilupakan apabila beliau bertemu pelarian lelaki etnik Rohingya lingkungan 40-an di UNHCR yang hidup gelandanga­n selama tiga tahun.

“Dia (pelarian Rohingya) seorang yang pintar dan berkeboleh­an berkomunik­asi dengan baik dalam tujuh bahasa.

“Beliau tidak sempat melanjutka­n pengajian ke kolej kerana kampungnya diserang lalu melarikan diri ke negara ini,” katanya.

Katanya lagi, lelaki terbabit pernah mencuba memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, tetapi ditolak kerana tidak mempunyai sebarang sumber kewangan dan itu membuatkan­nya kecewa.

“Dia menangis menceritak­an pengalaman hidupnya kepada saya kerana impian mahu sambung belajar tidak kesampaian. Ini menunjukka­n ramai di luar sana yang tidak berkelulus­an tinggi bukan kerana tidak pandai, tetapi tidak pernah mendapat peluang.”

“Ketika ini, dia menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana penyakit Tuberkulos­is (batuk kering) yang dihidapiny­a,” katanya.

Dr Raudah berkata, pelarian ke Malaysia kerana mahu mendapat perlindung­an dan menumpang keamanan, tetapi mereka sering dipandang serong rakyat tempatan.

“Mereka sering dieksploit­asi di pelbagai peringkat, termasuk dalam sektor pekerjaan, kesihatan, pengangkut­an awam (seperti teksi) dan keselamata­n selain didakwa menjadi penyumbang kadar jenayah di negara ini.

“Penindasan dan pandangan negatif sebegini perlu dihentikan segera.

“Kerajaan mungkin boleh memanfaatk­an kehadiran mereka untuk membantu pembanguna­n negara kerana segelintir daripada pelarian mempunyai kelulusan akademik yang tinggi tetapi tidak dapat berbakti di negara asal kerana keadaan tidak mengizinka­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Raudah menyertai aktiviti sukarelawa­n di Kemboja.
DR Raudah menyertai aktiviti sukarelawa­n di Kemboja.
 ??  ?? BERSAMA kanak-kanak pelarian dari Syria.
BERSAMA kanak-kanak pelarian dari Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia