Harian Metro

Cedera rebut isteri orang

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

„ Dua lelaki muda bergasak untuk cinta wanita 40-an tunggu bercerai

Hanya kerana berebut teman wanita yang masih berstatus isteri orang menyebabka­n seorang lelaki cedera di pipi dan mata kanan selepas diserang seorang lagi lelaki dengan senjata tajam di Kampung Alor Belat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun ke rumah teman wanitanya berusia awal 40-an sebelum suspek berusia 29 tahun yang juga dipercayai menjalinka­n hubungan dengan wanita terbabit turut datang menyebabka­n berlaku pertengkar­an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa baru mengenali wanita sejak tiga bulan lalu dan dalam masa suspek yang juga menjalinka­n hubungan dengan wanita terbabit berasa cemburu sehingga membelasah mangsa.

Menurutnya, suspek dikatakan mengambil senjata tajam dan memukul muka mangsa yang bekerja sebagai juruteknik lif menyebabka­n kecederaan di pipi dan mata kanan.

“Polis yang menerima maklumat berhubung pergaduhan itu kemudian ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.

“Siasatan awal punca kejadian lebih kepada cemburu apabila mangsa yang menjalinka­n hubungan dengan wanita itu,” katanya. Mohd Nashir berkata, siasatan juga mendapati wanita terbabit masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak namun sudah dua tahun tinggal berasingan dengan suaminya akibat masalah keluarga.

“Wanita itu yang juga peniaga kedai makan dikatakan dalam proses perceraian.

“Suspek kini direman bermula semalam (kelmarin) sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Mangsa yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HBS),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia