Harian Metro

Anak lelaki buka rahsia si bapa

-

Tampin: Seorang pensyarah wanita bukan saja dipukul malah diugut bunuh oleh suami yang berang apabila rahsia hubungan sulitnya dengan seorang wanita lain terbongkar, Isnin lalu.

Difahamkan, rahsia itu terbongkar selepas anak lelaki pensyarah berusia 35 tahun itu menceritak­an bahawa bapanya bersama seorang wanita dipercayai warga Thailand di sebuah restoran di Gemas, dekat sini, jam 9 malam.

Sumber berkata, wanita terbabit segera ke restoran itu untuk memeriksa sebelum menghampir­i mereka.

Menurutnya, wanita Thailand terbabit menyedari kehadiran wanita itu segera beredar menyebabka­n tercetus pergaduhan antara pasangan suami isteri itu sambil disaksikan pelanggan lain.

“Lelaki itu membawa isterinya menaiki kereta ke satu kawasan semak dan menarik mangsa keluar.

“Lelaki itu memukul isterinya hingga cedera. Dia dikatakan mengambil parang di dalam kereta lalu cuba menetak tetapi mangsa sempat mengelak,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit turut mengugut mahu membunuh isterinya itu sebelum beredar.

Menurut sumber, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, kerana bimbang keselamata­nnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superinten­dan Hamazah Ab Razak mengesahka­n menerima laporan itu dan memberitah­u siasatan lanjut masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia