Harian Metro

Waris terharu PTPTN selesai pinjaman RM52,141.59

-

Georgetown: “Saya amat berterima kasih kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di atas berita ini, ” kata ibu saudara mendiang Chin Khoon Sing, mangsa tragedi cangkuk kren yang terjatuh di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu.

Yeoh Ang See, 55, berkata, pihaknya amat berterima kasih apabila PTPTN mengesahka­n keseluruha­n hutang pinjaman PTPTN Chin ketika pengajian di peringkat diploma dan ijazah berjumlah RM52,141.59 selesai sepenuhnya.

“Saya mewakili seluruh keluarga Chin amat berterima kasih di atas sumbangan khairat kematian yang turut diberikan,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyerahan Manfaat Takaful Bagi Peminjam PTPTN di rumahnya di Lebuh Nordin, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN Bahagian Dasar dan Operasi, Mastura Mohd Khalid dan Pengurus Besar PTPTN negeri, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Sementara itu, Mastura berkata, pihaknya hadir untuk menyerahka­n manfaat takaful kepada waris Chin dan mengesahka­n keseluruha­n hutang pinjaman PTPTN ketika pengajiann­ya selesai sepenuhnya melalui manfaat Skim Perlindung­an Takaful.

Beliau berkata, melalui Skim Perlindung­an Takaful Berkelompo­k Pinjaman Pendidikan PTPTN itu, waris turut menerima sumbangan RM1,500 bagi khairat kematian dan sebagai sebuah agensi pembiaya utama pendidikan tinggi negara, pihaknya amat prihatin mengenai kebajikan peminjam.

Katanya, dalam usaha membantu meringanka­n beban ditanggung peminjam serta waris peminjam PTPTN, skim itu diberikan dan setiap waris perlu memaklumka­n sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal supaya PTPTN boleh menguruska­n tuntutan.

“PTPTN akan memberikan manfaat takaful serta khairat kematian kepada waris dan bagi peminjam yang sudah meninggal dunia atau mengalami keilatan, waris boleh membuat tuntutan dengan melengkapk­an Borang Permohonan Tuntutan Takaful.

“Borang itu boleh didapati di laman portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my dan sertakan dokumen sokongan ke Pejabat PTPTN di seluruh negara,” katanya.

Mastura berkata, sejak PTPTN ditubuhkan pada

 ?? Mastura ?? PTPTN akan memberikan manfaat takaful serta khairat kematian kepada waris dan bagi peminjam yang sudah meninggal dunia atau mengalami keilatan, waris boleh membuat tuntutan dengan melengkapk­an Borang Permohonan Tuntutan Takaful” MASTURA bersama Ahmad...
Mastura PTPTN akan memberikan manfaat takaful serta khairat kematian kepada waris dan bagi peminjam yang sudah meninggal dunia atau mengalami keilatan, waris boleh membuat tuntutan dengan melengkapk­an Borang Permohonan Tuntutan Takaful” MASTURA bersama Ahmad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia