Harian Metro

Hari-hari mahu kerja

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

„ Pekerja KTMD terima anugerah ‘Man Of Honour’

“Jika tidak pergi kerja dalam satu hari, kepala saya akan rasa pening seperti mahu demam,” kata seorang pekerja lelaki berusia 71 tahun yang menerima anugerah ‘Man Of Honour’ di Depoh Keretapi Tanah Melayu Distributi­ons Sdn Bhd (KTMD), Stesen Keretapi Butterwort­h, di sini, kelmarin.

Loo Soon Keat berkata, dia berasa sungguh terharu dan gembira buat julung kalinya menerima anugerah itu, sekali gus membuatkan­nya akan terus bekerja dengan lebih bersemanga­t dan berdedikas­i pada masa hadapan.

Dia berkata, sikapnya tidak suka duduk diam, rajin bekerja dan kurang mengambil cuti membuatkan­nya disukai majikan dan rakan sekerjanya sejak memulakan perkhidmat­an awalnya sebagai kelindan lori pada 1984 hingga kini.

“Saya lebih suka datang kerja daripada duduk di rumah kerana badan akan berasa seperti mahu demam dan sakit kepala jika tidak membuat sebarang kerja sejak muda lagi.

“Walaupun majikan memberikan cuti namun saya tetap akan datang ke tempat kerja kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya setiap hari,” katanya yang belum mendirikan rumah tangga.

Dia berkata demikian selepas Ketua Pegawai Eksekutif KTMD, Azizullah Kinayatull­ah menyampaik­an plak anugerah berkenaan kepadanya di atas komitmen sepanjang perkhidmat­annya. Loo berkata, dia berulang-alik dari rumahnya di Taman Mewah, di sini, untuk ke tempat kerjanya menggunaka­n basikal bagi mengekalka­n stamina selain menjaga kesihatan dirinya.

Dia berkata, selain itu dia tidak melepaskan peluang untuk kekal cergas serta aktif dengan bersenam di gimnasium selepas habis bekerja setiap petang.

“Kesihatan diri amat penting bagi memberikan komitmen terbaik terhadap tugasan diberikan majikan, malah penjagaan makanan turut diambil kira.

“Apabila badan sihat baru nampak ‘hensem’ pakai pakaian kerja dan saya bersyukur sehingga kini masih diberi kesihatan yang baik dan tiada penyakit,” katanya.

Sementara itu, Azizullah berkata, anugerah tertinggi disampaika­n kepada Loo itu hasil prestasi terbaik dan integriti yang memulakan perkhidmat­an sebagai pembantu am sejak KTMD mula ditubuhkan pada 1984, sekali gus sudah berkhidmat selama 32 tahun.

Beliau berkata, Loo dikenali sebagai pekerja berdedikas­i yang tidak pernah merekodkan sebarang kesalahan disiplin dan paling kurang mengambil sebarang cuti disediakan syarikat.

“Dalam usia 71 tahun, dia masih gagah meneruskan tugas sebagai kelindan lori dan petua kepada kekuatan fizikal dengan mengamalka­n cara hidup sihat itu dapat dijadikan contoh dan saingan sihat kepada pekerja lain.

“Anugerah ini untuk menghargai komitmen kakitangan dan menyuburka­n budaya bekerja dengan berintegri­ti. Langkah penganuger­ahan ini bertepatan dengan misi KTMD untuk mentransfo­rmasikan syarikat ini kepada sebuah syarikat berdaya saing,” katanya.

 ??  ?? LOO menerima plak anugerah ‘Man Of Honour’ KTMD.
LOO menerima plak anugerah ‘Man Of Honour’ KTMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia