Harian Metro

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur meninggal dunia

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Henry Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, akibat strok, pagi semalam.

Anak keduanya, Melissa Vhin Sui Yee, 31, berkata, mendiang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Jumaat lalu untuk menerima rawatan.

“Bapa disahkan meninggal dunia jam 6.04 pagi tadi (semalam). Ketika ini, kami sekeluarga sedang menguruska­n proses untuk membawa pulang mayat mendiang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk penerbanga­n pada jam 1.55 petang esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bapanya tidak pernah mengalami masalah kesihatan sebelum ini dan datang ke ibu negara beberapa hari lalu untuk menghadiri satu mesyuarat pada Jumaat lalu.

Mendiang yang meninggalk­an isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta sepasang anak lelaki dan perempuan berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.

Selepas berkhidmat selama 39 tahun dalam PDRM, mendiang kemudianny­a aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan dan berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) selain pernah menjadi Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan anggota Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) di Sabah.

Difahamkan, majlis penghormat­an terakhir untuk tetamu kehormat dan pasukan polis diadakan di Pusat Memorial Nirvana, Sungai Besi, di sini, jam 6 petang semalam.

 ??  ?? HENRY Chin
HENRY Chin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia