Harian Metro

LEGEND ‘BIG NOS

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Kebijaksan­aan dan keupayaan bekas anggota polis Orang Asli, Batalion Senoi Peraaq mengesan kegiatan insurgensi Parti Komunis Malaya (PKM) amat digeruni musuh, malah nama berkenaan menjadi sebutan dalam kalangan Unit 69 Komando sehingga kini.

Apot Saad, 67, adalah bekas anggota polis Orang Asli yang paling lama berkhidmat dalam unit berkenaan.

Pernah dianugerah­kan Pingat Gagah Berani, Apot berkata, sepanjang 36 tahun tempoh berkhidmat dalam unit berkenaan, dia dikenali dengan gelaran ‘Big Nose’ kerana kecekapann­ya mengesan lokasi musuh di dalam hutan.

Katanya, nama itu diberi pasukan tentera British yang melatih pasukannya serta unit 69 Komando pada ketika itu.

“Orang British panggil saya nama itu sebab mereka kata saya seorang ‘tracker’ (pengesan) yang cekap dan ada juga yang panggil nama itu sebab hidung saya besar,”katanya sambil tersenyum ketika ditemui dalam Majlis Meraikan Veteran dan Bekas Polis (Senoi Peraaq) sempena Sambutan Ulang Tahun 69 Komando, di sini, semalam.

Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbana­n 54 anggota polis Orang Asli yang bersara dan yang masih berkhidmat.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid

Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Apot yang mula berkhidmat pada 1970 berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah melihat sendiri pegawai atasannya meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar pada 1975.

“Ia berlaku ketika bertugas di Ulu Perak apabila saya lihat sendiri pegawai saya terkena

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia