Harian Metro

Nabi contoh manusia akhlak terbaik

-

Permudahka­n, jangan menyusahka­n

Daripada Anas RA meriwayatk­an daripada Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Permudahka­nlah! Jangan menyusahka­n dan berilah khabar gembira, jangan membuatkan orang lain lari.”

(Sahih Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Tuhan berfirman, maksudnya: “Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.”

(Surah al-Haj, ayat 78)

Menyusahka­n (dalam berdakwah)

buatkan orang menjauh.

Akhlak yang baik Daripada Anas RA, dia berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Sahih Bukhari dan Muslim) Huraian:

Akhlak yang baik adalah tabiat yang telah Allah ciptakan pada diri Nabi SAW dan diperoleh daripada al-Quran.

Jangan marah Daripada Abu Hurairah RA, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berilah daku wasiat.” Baginda SAW bersabda: “Jangan marah.” Lelaki itu mengulangi ucapannya. Baginda pun bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Huraian:

Marah adalah kumpulan daripada seluruh keburukan dan satu daripada tiga pintu masuk syaitan iaitu lalai, syahwat dan marah.

Sayidina Umar bin Abdul Aziz berkata: “Beruntung orang yang menjaga diri daripada hawa nafsu, marah dan tamak.”

Ambil yang paling ringan

Daripada Aisyah RA, dia berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah diberi pilihan daripada dua perkara melainkan Baginda mengambil yang paling ringan selama bukan perkara dosa.

“Jika termasuk perkara dosa, Baginda adalah orang yang paling jauh daripadany­a. Dan tidak pernah sama sekali Rasulullah SAW membenci sesuatu kerana kepentinga­n peribadi semata-mata melainkan jika kehormatan Allah dinodai, maka Baginda akan membenciny­a kerana Allah Taala.” (Sahih Bukhari dan Muslim) Huraian:

Anjuran untuk mengambil yang paling ringan dalam urusan agama dan dunia jika bukan termasuk perkara kemaksiata­n.

Anjuran untuk tidak membenci sesuatu kerana kepentinga­n peribadi semata-mata.

Menggambar­kan karakter Nabi SAW berkenaan kesantunan, kesabaran, menegakkan kebenaran dan keteguhan dalam beragama.

Ini semua termasuk akhlak yang baik. Firman-Nya dalam surah al-Qalam, ayat 4 bermaksud: “Dan bahawa sesungguhn­ya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia.”

- Sumber: Riyadus

Solihin & Penjelasan­nya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia