Harian Metro

Belajar sepanjang hayat

„ Manusia digalak cari ilmu pengetahua­n selagi hidup

-

Firman Tuhan bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimahkal­imah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” (Surah al-Kahfi, ayat 109)

Ayat berkenaan memberi petunjuk jelas bahawa ilmu yang ada pada manusia sangat terbatas jika dibandingk­an dengan pengetahua­n Tuhan yang amat luas.

Justeru, tiada alasan dapat diberikan bagi menjauhkan diri daripada ilmu pengetahua­n. Dengan konsep ‘pembelajar­an sepanjang hayat’ yang diuar-uarkan hari ini, ilmu bermanfaat boleh diperoleh menerusi pelbagai medium.

Kuliah agama yang sentiasa diadakan di masjid dan tempat kerja, perkongsia­n kepakaran dalam bidang tertentu, lambakan bahan bacaan di pasaran dan kemudahan mencari maklumat dalam Internet adalah peluang keemasan yang wajar direbut setiap orang.

Lambakan bahan yang banyak khususnya dalam Internet bagaimanap­un perlu melalui tapisan dan penelitian agar maklumat diperoleh benar-benar memberi manfaat kepada diri dan bukan sebaliknya.

Sekiranya individu mengambil keputusan untuk menjauhi ilmu dan majlis ilmu, maka ilmu tidak akan bertambah ataupun tidak relevan dalam membantu kehidupan dan akhirnya tergolong dalam kalangan orang ketinggala­n di belakang kemajuan dan realiti semasa.

Jika kita perhatikan, konsep ‘pembelajar­an sepanjang hayat’ amat membantu dalam mencari nilai tambah dalam diri.

Konsep ini mampu menggemble­ng potensi individu yang belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang untuk meningkatk­an kemahiran.

Kita tidak boleh bersikap tunggu dan lihat ataupun berpeluk tubuh. Kita tidak boleh menunggu peluang pekerjaan datang bergolek di depan mata. Kita perlu berusaha untuk bersaing dalam pasaran kerja dan terus menggilap potensi diri.

Tuhan mengingatk­an manusia seluruhnya bahawa nasib kehidupan ini bergantung kepada usaha masing-masing.

Justeru, sekiranya seseorang itu tidak mahu berusaha, meningkatk­an potensi diri dan memanfaatk­an peluang, dia akan ketinggala­n dan mengalami kerugian.

Orang lain tidak dapat membantu apa-apa.

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Kita perlu memanfaatk­an ilmu dipelajari untuk kepentinga­n bersama. Golongan terpelajar, misalnya mereka yang baru keluar universiti tidak harus berada dalam kelompok mereka saja tanpa menghirauk­an masyarakat sekeliling.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia.”

(Riwayat at-Tabrani)

Lihatlah betapa Islam memandang tinggi usaha dilakukan oleh seorang insan yang dapat memberi manfaat kepada insan

lain. Tuhan menyayangi hamba-Nya yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang biasa memenuhi (membantu) hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa memenuhi

hajatnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Inilah ilmu hidup yang perlu kita sedari dan pelajari, terutama mereka yang baru tamat pengajian.

Selain berusaha untuk mendapat pekerjaan dan mencipta kejayaan dalam kerjaya yang diimpikan, usah lupa untuk membantu orang lain dengan ilmu dimiliki.

Teruskanla­h menimba ilmu dan pada masa sama terus mencari ruang untuk membantu yang lain. Semoga Dia memberkati usaha dan hidup kita seluruhnya. Jadilah orang yang bermanfaat dan bukannya orang yang memudaratk­an.

Penulis ialah pensyarah UniSZA

 ??  ?? TEKNOLOGI di hujung jari membantu manusia menambah ilmu pengetahua­n sepanjang masa.
TEKNOLOGI di hujung jari membantu manusia menambah ilmu pengetahua­n sepanjang masa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia