Harian Metro

‘Mati kutu’

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

„ Pemilik akaun FB keluar status perkataan kesat terdiam ketika didesak minta maaf

“Inilah cara nak stop (hentikan) awak punya viral,” demikian luah seorang lelaki sebagai reaksi mendesak permohonan maaf seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) yang didakwa memuat naik status perkataan kesat serta menghina kerjaya dan keluarga pemandu lori di seluruh negara.

Menerusi rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu, pemilik laman sosial berkenaan didesak kumpulan lelaki tidak dikenali di suatu lokasi tidak diketahui supaya mengemukak­an permohonan maaf secara terbuka selepas kisah viralnya disebarkan kepada umum.

Dalam rakaman terbabit, pemilik FB berkenaan dilihat dikerumuni kumpulan lelaki sekali gus menyebabka­n dirinya terdiam dan ‘mati kutu’ sebelum wajahnya dirakamkan kembali untuk dikongsi semula menerusi laman sosial.

Bahkan sejak semalam, video berdurasi pendek itu sudah berlegar di laman sosial FB dengan status ‘Persidanga­n Mohon Maaf’, sebelum mendapat pelbagai reaksi dan maklum balas daripada orang ramai selepas menonton video berkenaan.

Isu membabitka­n viral oleh pemilik akaun berkenaan disuarakan sekumpulan pemandu lori yang tersinggun­g dengan status yang dikongsi secara terbuka oleh seorang pengguna laman sosial FB yang didakwa menghina kerjaya dan keluarga pemandu lori di seluruh negara.

Berikutan itu, satu laporan di Balai Polis Taman Pasir Puteh, Pasir Gudang, dilakukan terhadap individu berkenaan bagi membolehka­n siasatan berkenaan dilakukan pihak berkuasa pada 20 Oktober lalu menyebabka­n isu berkenaan mendapat perhatian ramai.

Laporan berkenaan dibuat selepas pengadu, Borham Siron, 46, kesal dengan tindakan pemilik akaun FB yang melampau apabila sengaja memuat naik status berbaur menghina seluruh pemandu lori hingga menimbulka­n pelbagai reaksi dalam kalangan mereka.

Ketika dihubung kembali berhubung hal itu, Borham tidak mengetahui mengenai sidang media khas dianjurkan di lokasi tidak diketahui itu selepas menontonny­a petang kelmarin.

“Saya menyedari video berdurasi pendek berhubung permohonan maaf daripada pemilik akaun FB berkenaan pada jam 5 petang semalam (kelmarin), namun tidak mengetahui niat di sebalik perkara itu.

“Bagi saya, kita mempunyai undang-undang dan saya sudah membuat laporan polis. Justeru, biarlah undang-undang menentukan­nya termasuk mengikut Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya yang membuat laporan polis bersama empat pemandu lain pada 20 Oktober lalu berhubung viral terbabit.

Katanya, laporan polis berhubung viral berkenaan dikongsi dalam sebuah laman FB khas persatuan pemandu lori seluruh negara menyebabka­n isu itu mendapat reaksi termasuk daripada pemandu di Sabah dan Sarawak.

Katanya, dia meminta sesiapapun termasuk pengguna FB supaya tidak mengeluark­an perkataan menghina, sebaliknya buat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dikesan melakukan kesalahan di jalan raya.

“Kalau ada pemandu lori yang membuat kesalahan, ambil nombor pendaftara­n dan buat aduan kepada pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ?? SITUASI ketika pemilik laman sosial yang menghina pemandu lori diminta memohon maaf.
SITUASI ketika pemilik laman sosial yang menghina pemandu lori diminta memohon maaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia