Harian Metro

Terima ijazah sarjana berkerusi roda

-

Shah Alam: “Peluang menghadiri istiadat konvokesye­n bukan dikecapi setiap hari dan saya menguatkan semangat untuk datang walaupun doktor meminta saya berehat di rumah,” kata Hellina Ahmad Kamil, 32, graduan Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dia yang baru melahirkan cahaya mata ketiga menerusi pembedahan dua minggu lalu hadir ke Dewan Agung Tuanku Canselor di sini, semalam, dengan berkerusi roda untuk memperoleh ijazah yang disampaika­n Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub.

Katanya, walaupun masih terasa sakit akibat luka pembedahan belum sembuh, dia bersyukur kerana masih berupaya berdiri dan berjalan di atas pentas untuk mengambil ijazahnya itu.

“Ia adalah pembedahan Ceasarian ketiga untuk saya dan ada pelbagai komplikasi berlaku sehingga doktor nasihatkan supaya hanya berehat di rumah. Namun, saya kekal bersemanga­t untuk hadir ke istiadat ini dan bergerak dari rumah di Perak dengan menaiki kereta, jam 3.30 pagi tadi (semalam).

“Saya tidak boleh banyak bergerak tetapi syukur segalanya berjalan lancar dan saya bangga kerana penat lelah selama dua tahun belajar akhirnya membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Kedua Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-85 di sini, semalam.

Hellina yang kini bekerja sebagai Eksekutif Sumber Manusia di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu juga berhasrat menyambung pengajiann­ya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti sama dalam masa terdekat.

Seramai 2,062 graduan sarjana dan ijazah sarjana muda menerima ijazah masing-masing disampaika­n Pro-Canselor, Tan Sri Arshad Ayub pada Sidang Kedua Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-85.

Sementara itu, graduan Sarjana Pengurusan Hospitalit­i yang menerima Anugerah Naib Canselor (ANC), Nor Hisyam Seliman, 37, menyifatka­n dunia pembelajar­an masa kini lebih mencabar dan graduan perlu bersaing sesama sendiri untuk lebih menonjolka­n diri selain memanfaatk­an perkembang­an teknologi untuk berjaya.

 ??  ?? HELLINA menunjukka­n ijazah
yang diterima kepada suaminya,
Amru Asyraf Mohamed Sabri.
HELLINA menunjukka­n ijazah yang diterima kepada suaminya, Amru Asyraf Mohamed Sabri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia