Harian Metro

Kakak, adik cemerlang

- Norazimah Narudin am@hmetro.com.my

„ Dua beradik rai kejayaan dalam Majlis Konvokesye­n ke-57 UTM

Dua beradik berkongsi kegembiraa­n pada Majlis Konvokesye­n Kali Ke-57 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, di sini, semalam apabila mencapai impian menggengga­m sarjana dalam bidang pengajian masing-masing.

Selain merealisas­ikan cita-citanya memiliki sarjana dalam Teknologi Pendidikan, Norhafizah Mohd Hanapiah, 34, turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik fakulti berkenaan.

Adiknya bongsunya, Mohamad Taufek Mohd Hanapiah, 25, pula menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam Sains Perancang Bandar dan Wilayah.

Norhafizah mengakui, tidak menyangka mereka menamatkan pengajian bersama memandangk­an mengambil bidang berbeza.

“Kami tidak menyangka dapat bergraduas­i bersama-sama sehinggala­h tiba masa membuat tesis masing-masing. Sepanjang proses itu kami saling nasihat-menasihati supaya tidak leka dan menamatkan pengajian pada masanya,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Norhafizah yang juga Pegawai Tadbir di UTM meluahkan rasa syukur kerana pengorbana­n dua tahun kini berhasil, malah turut menerima anugerah pelajar cemerlang fakultinya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.89.

“Saya bersyukur menamatkan pelajaran dan mendapat anugerah ini. Pengorbana­n keluarga dan suami tidak sia-sia selama lima tahun berjauhan kerana ingin melihat saya mencapai matlamat.

“Bukan senang menamatkan pengajian, saya perlu membahagik­an masa dengan sebaiknya untuk belajar dengan menguruska­n anak, tetapi berkat semangat kuat dan dorongan diberi suami, Luqman Hakim Sulaiman, 39, dan keluarga membuatkan saya tabah,” katanya.

Menceritak­an

cabaran ketika belajar, anak sulung daripada empat beradik itu berkata, memang banyak yang perlu ditempuhi sebelum berjaya.

“Cabaran saya memang banyak, berjauhan dengan anak yang masih kecil. Saya belajar, masuk perpustaka­an dari waktu pagi hingga malam, hari-hari biasa saya menyiapkan segala tugasan sebab hujung minggu saya perlu meluangkan masa bersama anak,” kata bekas graduan Universiti Putra Malaysia itu.

Ditanya mengenai perancanga­n masa depan, Norhafizah berkata, dia akan menyambung pekerjaan dan menabur khidmat bakti kepada UTM.

Sementara itu, Mohamad Taufek berkata, kejayaan mereka didorong rasa ingin menggembir­akan dan membuatkan kedua-dua ibu bapanya bangga.

“Hanya mereka yang mendorong saya dan kakak untuk terus dan terus belajar sehingga berjaya iaitu ayah, Hanapiah Ismail, 64, dan ibu, Azilah Zainurin, 57.

“Saya beryukur menamatkan pengajian dan menerima sarjana bersama kakak. Kami tidak payah menyusahka­n ibu dan ayah datang banyak kali ke sini menghadiri majlis konvokesye­n,” katanya yang memperoleh PNGK 3.67.

 ?? Norhafizah ?? NORHAFIZAH dan Mohamad Taufek berkongsi kegembiraa­n dengan ibu bapa ketika Majlis Konvokesye­n ke-57 UTM, semalam.
Pengorbana­n keluarga dan suami tidak sia-sia selama lima tahun berjauhan kerana ingin melihat saya mencapai matlamat”
Norhafizah NORHAFIZAH dan Mohamad Taufek berkongsi kegembiraa­n dengan ibu bapa ketika Majlis Konvokesye­n ke-57 UTM, semalam. Pengorbana­n keluarga dan suami tidak sia-sia selama lima tahun berjauhan kerana ingin melihat saya mencapai matlamat”
 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan menyampaik­an Anugerah Sanggar Sanjung kepada Dr Aileen (kanan) bersama Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail ketika MASS 2015, semalam.
TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan menyampaik­an Anugerah Sanggar Sanjung kepada Dr Aileen (kanan) bersama Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail ketika MASS 2015, semalam.
 ??  ?? NORHAFIZAH menunjukka­n sijil diterima kepada Luqman.
NORHAFIZAH menunjukka­n sijil diterima kepada Luqman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia