Harian Metro

Pasang 10 selak

„ Penagih dadah kunci rumah elak ‘sarang’ diserbu pihak berkuasa

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Seorang penagih dadah tidak hanya tinggal di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara haram malah turut memasang 10 selak pintu bagi mengelak kediaman itu dipecah masuk pihak berkuasa.

Suspek warga tempatan berusia 50-an itu turut dikesan membuat binaan simen tambahan pada pintu masuk kediaman terletak di PPR Kampung Baru Air Panas di sini.

Kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguna­n Komuniti (JPPPK) melakukan operasi mengejut di lokasi itu jam 10 malam kelmarin.

Dalam serbuan operasi bersepadu itu, pihak JPPPK mengambil masa hampir satu jam untuk memecah pintu masuk rumah berkenaan bagi membuat pemeriksaa­n.

Timbalan Pengarah Kanan JPPPK Mohd Muzammer Jamaluddin berkata, ketika serbuan dibuat, lelaki itu dipercayai sudah melarikan diri namun pihaknya menemui beberapa alat digunakann­ya untuk menagih dadah.

“Berdasarka­n siasatan, kediaman itu dijadikan ‘sarang’ dia menjalanka­n aktiviti menagih dadah berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki itu turut bertindak mencuri bekalan elektrik dengan menceroboh bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampira­n,” katanya yang ditemui selepas operasi itu di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini, semalam.

Operasi yang dijalankan pada jam 9.30 malam hingga 1 pagi itu disertai 108 pegawai dan anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), selain JPPPK.

Mohd Muzammer berkata, pihaknya memutuskan bekalan elektrik ke rumah terbabit serta merta termasuk kotak fius ditanggalk­an bagi mengelakka­n lelaki itu kembali menjadikan ia sebagai lokasi melepaskan gian.

“Kediaman itu akan dirampas semula berikutan berlaku penceroboh­an. Justeru, rumah ini akan segera dibaikpuli­h bagi membolehka­n ia ditawar kepada orang lain yang memerlukan tempat tinggal,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga turut mengeluark­an 44 notis membabitka­n kesalahan penghuni tidak sah, penghuni tidak menetap dan notis kacau ganggu JKAS (pelihara anjing dan kucing) serta kompaun terhadap sembilan kes pelihara haiwan dan tiga kes motosikal atas blok.

“Pemeriksaa­n terhadap 205 kediaman di PPR ini mendapati ada di kalangan penduduk yang melakukan kesalahan yang menyebabka­n notis dan kompaun dikenakan terhadap mereka,” katanya.

 ?? FOTO: IHSAN PEMBACA ?? ANGGOTA penguat kuasa terpaksa memecah pintu masuk rumah yang dihuni penagih dadah.
FOTO: IHSAN PEMBACA ANGGOTA penguat kuasa terpaksa memecah pintu masuk rumah yang dihuni penagih dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia