Harian Metro

Gangguan bekalan air berpunca dari Nilai

-

Putrajaya: Pencemaran bau air sungai yang menyebabka­n Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup kali kelima, semalam disyaki berpunca dari kawasan perindustr­ian di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata, loji berkenaan mula ditutup pada jam 7.30 pagi, menyebabka­n beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sementara.

“Penghantar­an bekalan air bantuan sedang diuruskan dengan lori tangki ke kawasan terbabit dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis,” katanya dalam kenyataan.

Kali pertama LRA Sungai Semenyih ditutup pada 22 September lalu akibat pencemaran bau menyebabka­n lebih satu juta pengguna terjejas.

Menurutnya, kawasan utama yang terbabit termasuk daerah Hulu Langat merangkumi Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching; daerah Kuala Langat iaitu Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.

Sementara daerah Petaling merangkumi USJ 1 hingga 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang serta daerah Sepang membabitka­n Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook (FB) memaklumka­n masa pemulihan bekalan air tidak dapat dipastikan lagi.

“Pihak kami akan menggerakk­an aset bagi menyalurka­n bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

“Masa pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini dan bergantung kepada pengoperas­ian semula loji,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia