Harian Metro

613 terima pingat

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy

Shukri mengetuai senarai keseluruha­n 613 penerima pingat sempena Ulang

Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Nancy menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima ialah Penasihat Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia, Datin Latifah Mohd Tahar, Pensyarah Kulliyyah Perundanga­n Universiti

Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Mohd Akram Shair Mohamed, Ketua Pusat Penyelidik Tasik Chini, Datuk Prof Dr Mushrifah Idris dan Pensyarah Kulliyyah Kejurutera­an Elektrik dan Komputer UIAM, Prof Datuk Seri Dr Mashkuri Yaacob.

Penerima SSAP lain adalah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Ahli Parlimen Rompin merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Hasan Arifin, Ahli Parlimen Kinabatang­an, Datuk Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Seramai 28 individu menerima Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) membawa gelaran Datuk iaitu antaranya Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah), Datuk Ab Karim Ab Rahman, Kerabat Diraja, Tengku

Amir Nasser Tengku Ibrahim, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutua­n, Datuk Dr Sallehuddi­n Ishak,

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Shahnaz Murad dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia