Harian Metro

Anak jadi pendorong utama lawan kanser payudara

-

“Mahu melihat dua anak lelaki saya membesar dan menjadi insan berguna menjadi pendorong utama untuk saya melawan kanser payudara selepas didiagnos penyakit ini pada 2005,” kata Zaidah Abdul Wahid, 54.

Menurutnya, dia sentiasa kekal positif dalam kehidupan dan tidak pernah menjadikan penyakitny­a sebagai beban, sebaliknya bersyukur apabila disahkan sembuh daripada penyakit itu sejak 11 tahun lalu.

“Saya kerap melakukan pemeriksaa­n sendiri pada payudara bagi memeriksa jika terdapat ketulan, selain melakukan pemeriksaa­n kesihatan yang lain.

“Seminggu selepas melakukan mamogram, saya mendapati terdapat ketulan pada payudara sebelum melakukan ujian imbasan dan biopsi, ketulan itu disahkan doktor sebagai kanser payudara tahap satu,” katanya ketika ditemui di kempen ‘Wear It Pink Charity Hi-Tea 2016’ di Eastin Hotel, Petaling Jaya, semalam.

Majlis dianjurkan oleh Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) itu bertujuan mengumpul dana bagi pesakit kanser payudara yang kurang bernasib baik bagi membeli bra khas dan melakukan implan payudara.

Pada majlis itu, PHKL menyumbang RM10,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Ia dirasmikan Penaung Utama NCSM, Tan Sri Rafidah Aziz.

Zaidah berkata, selepas disahkan menghidap kanser itu pada usia 43 tahun, dia sentiasa kekal positif dan menjalani kehidupan seperti biasa seperti melakukan senaman yoga dan menjaga pemakanan dengan banyak makan sayuran.

“Saya menerima ujian yang diberikan ini dengan cekal dan segera mendapatka­n rawatan di PHKL dengan melakukan rawatan radioterap­i selama 30 hari.

“Alhamdulil­lah, saya disahkan bebas kanser payudara dan mengambil ubat ‘tamoxifen’ selama lima tahun sehingga tahun 2010,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pragawati memperagak­an pakaian terkini sempena majlis ‘Wear it Pink
Charity Hi-Tea 2016’.
ANTARA pragawati memperagak­an pakaian terkini sempena majlis ‘Wear it Pink Charity Hi-Tea 2016’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia