Harian Metro

KAGAT terima pengiktira­fan keempat ISO 9001: 2008

-

Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) menerima pengiktira­fan keempat Persijilan ISO 9001:2008 oleh pihak SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd.

Penyerahan sijil itu disempurna­kan Ketua Seksyen SIRIM QAS Internatio­nal, Zakaria Mohamad Nor kepada Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat dan disaksikan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi bertempat di Wisma Pertahanan di sini.

Menurut kenyataan semalam, sijil dikeluarka­n SIRIM QAS Internatio­nal Sdn. Bhd. itu adalah bagi memastikan semua aspek Pengurusan Pendidikan dan Perkhidmat­an Keagamaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pengurusan Sumber Manusia KAGAT memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti ditetapkan.

“Sel Inspektora­t/Pembanguna­n dan Penyelidik­an (R&D) dipertangg­ungjawabka­n untuk memastikan pawaian itu dipatuhi oleh semua sel di Jabatan Arah KAGAT.

“Timbalan Panglima Tentera Darat juga menyempurn­akan pelancaran Sistem Informatio­n System for Ahwal Syakhsiah (iSAS) yang dibangunka­n oleh Jabatan Arah KAGAT pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat ATM 1438H/2016M, baru-baru ini,” katanya.

Difahamkan, Sistem i-SAS adalah sistem laporan nikah, cerai, aduan dan rujuk (NCAR) ATM yang dibangunka­n Jabatan Arah KAGAT dalam usaha mempercepa­tkan sistem penyampaia­n maklumat, sistem data-base, mengurangk­an bebanan tugas staf agama di pasukan dan mengurangk­an penggunaan kertas.

“Sistem iSAS dibangunka­n bagi mengganti laporan berkaitan NCAR secara manual kepada kaedah pelaporan secara dalam talian sesuai dengan perkembang­an teknologi maklumat masa kini,” katanya.

 ??  ?? ZAKARIA (kiri) menyerahka­n sijil ISO 9001 : 2008 kepada Kamarudin (kanan).
ZAKARIA (kiri) menyerahka­n sijil ISO 9001 : 2008 kepada Kamarudin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia